Himachal Pradesh

Himachal Pradesh
—  state  —
Shimla
Lokasi Himachal Pradesh
Koordinat 31°06′40″N 77°09′14″E / 31°06′40″N 77°09′14″E / 31.111; 77.154
Negara   India
Daerah 12
Tarikh ditubuhkan 25 Januari 1971
Ibu negeri Shimla
Bandar terbesar Shimla
Gabenor V. S. Kokje
Ketua menteri Virbhadra Singh
Perundangan (kerusi) Unicameral (68)
Penduduk

Kepadatan

6,077,248 ( 20)

109/km2 (282/sq mi)

Bahasa rasmi Hindi, Pahari
Zon masa IST ( UTC+5:30)
Keluasan  (21537 sq mi)
ISO 3166-2 IN-HP
Portal Portal: Himachal Pradesh  
Laman web himachal.nic.in
Mohor Himachal Pradesh

Himachal Pradesh ( Hindi: हिमाचल प्रदेश, IPA:  [hɪmaːtʃəl prəd̪eːʃ]] Mengenai bunyi ini  sebutan ) ialah sebuah negeri di barat laut India. Himachal Pradesh terbentang lebih 55,780 meter pkiloersegi ([ ]%s) [1] dan bersempadan dengan negeri-negeri Jammu dan Kashmir di utara, Punjab di barat dan barat daya, Haryana dan Uttar Pradesh di selatan, Uttarakhand di tenggara serta kawasan Tibet, China di timur. Himachal Pradesh secara harfiahnya bererti "Tanah gunung bersalji". [2]
Himachal Pradesh pernah dikenali sebagai Deva Bhoomi (tanah dewa-dewi). Pengaruh Arya di rantau ini dipercayai bermula pada zaman sebelum Rigveda. Selepas perang Inggeris-Gorkha, kerajaan penjajah British merampas kuasa. Mula-mula Himachal Pradesh terlingkung dalam Punjab, kecuali Negeri Siba Bukit Punjab, di bawah pemerintahan Maharaja Ranjit Singh sehingga tahun 1857 [3] Pada tahun 1950, Himachal diisytiharkan sebagai wilayah kesatuan, tetapi setelah wujudnya Akta Negeri Himachal Pradesh Act 1971, Himchal menjadi negeri ke-18 Kesatuan India.

Negeri ini terletak di altitud-altitud dari 450 meter (1,476  ka) hingga 6,500 meter (21,325  ka) atas paras laut. Ibu negerinya ialah Shimla (dahulunya pusat pentadbiran musim panas India British bernama Simla); bandar-bandar utama lain termasuk Una, Solan, Dharamsala, Kangra, Mandi, Chamba, Hamirpur, Dalhousie dan Manali.

Himachal Pradesh menikmati antara hasil pendapatan per kapita tertinggi di kalangan semua negeri di India. Oleh sebab kaya dengan sungai sepanjang tahun, Himachal juga menjual bekalan hidroelektrik ke negeri-negeri lain seperti Delhi, Punjab dan Rajasthan. [4] Ekonomi negeri ini banyak bergantung pada tiga sumber, iaitu kuasa hidroelektrik, pelancongan dan pertanian. [4] [5] [6]
95% populasi negeri beragama Hindu. Komuniti-komuniti utama termasuk Brahmin, Rajput, Kannet, Rathi dan Koli. [7] Menurut pantauan pada tahun 2005 oleh Transparency International, Himachal Pradesh ialah negeri kedua paling kurang korupsi di negera, mengekori Kerala. [8]

  • rujukan

Rujukan

  1. ^ "Statistical Facts about India". www.indianmirror.com. Dicapai pada 2006-10-26. 
  2. ^ "Literal meaning of Himachal Pradesh". www.himachalpradesh.us. Dicapai pada 2007-05-20. 
  3. ^ "History section". Suni system (P). Dicapai pada 2007-04-28. 
  4. ^ a b "Economy of Himachal Pradesh". Suni System (P). Dicapai pada 2006-04-28. 
  5. ^ "Power". Suni System (P). Dicapai pada 2007-05-22. 
  6. ^ "Agriculture". Suni System (P). Dicapai pada 2007-05-22. 
  7. ^ "Ethnicity". Dicapai pada 2007-05-24. 
  8. ^ "India Corruption Study - 2005". Transparency International. Dicapai pada 2007-05-29. 
Bahasa lain
العربية: هيماجل برديش
azərbaycanca: Himaçal Pradeş
Bahasa Indonesia: Himachal Pradesh
Bân-lâm-gú: Himachal Pradesh
беларуская: Хімачал-Прадэш
беларуская (тарашкевіца)‎: Гімачал-Прадэш
brezhoneg: Himachal Pradesh
български: Химачал Прадеш
ދިވެހިބަސް: ހިމާޗަލް ޕްރަދޭޝް
Fiji Hindi: Himachal Pradesh
français: Himachal Pradesh
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: Himachal Pradex
客家語/Hak-kâ-ngî: Himachal Pradesh
hornjoserbsce: Himačal Pradeš
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: হিমাচল প্রদেশ
íslenska: Himachal Pradesh
Kapampangan: Himachal Pradesh
कॉशुर / کٲشُر: ہماچل پردیش
Kiswahili: Himachal Pradesh
لۊری شومالی: هیماچال پئرادئش
македонски: Химачал Прадеш
მარგალური: ჰიმაჩალ-პრადეში
Nederlands: Himachal Pradesh
नेपाल भाषा: हिमाचल प्रदेश
Napulitano: Himachal Pradesh
norsk nynorsk: Himachal Pradesh
oʻzbekcha/ўзбекча: Ximachalpradesh
پنجابی: ہماچل پردیش
português: Himachal Pradesh
Qaraqalpaqsha: Himachal Pradesh
Simple English: Himachal Pradesh
slovenčina: Himáčalpradéš
slovenščina: Himačal Pradeš
српски / srpski: Химачал Прадеш
srpskohrvatski / српскохрватски: Himachal Pradesh
Tiếng Việt: Himachal Pradesh
Türkmençe: Himachal Pradesh
українська: Гімачал-Прадеш