Haiwan

Haiwan
Julat zaman: Ediakara - Sekarang
Animal diversity.png
Pengelasan saintifik
Domain:Eukaryota
(tanpa pangkat)Opisthokonta
(tanpa pangkat)Holozoa
(tanpa pangkat)Filozoa
Alam:Animalia
Linnaeus, 1758
Filum

Haiwan atau binatang ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.

Kebanyakan filum haiwan yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.

Sifat

Haiwan mempunyai beberapa sifat yang membezakannya daripada hidupan-hidupan yang lain. Haiwan adalah eukariot dan kebanyakannya multisel,[1] yakni berbeza dengan bakteria dan kebanyakan protis. Haiwan merupakan heterotrof,[2] iaitu umumnya mencerna makanan dalam kebuk dalaman, yakni berbeza dengan tumbuhan dan alga.[3] Haiwan juga berbeza dengan tumbuhan, alga dan kulat kerana ketiadaan dinding sel yang kukuh.[4] Semua haiwan adalah motil,[5] walaupun pada peringkat hidup yang tertentu. Bagi kebanyakan haiwan, embrio melalui peringkat blastula,[6] iaitu sifat yang hanya terdapat pada haiwan.

Struktur

Haiwan mempunyai badan yang terdiri daripada pelbagai tisu, kecuali beberapa jenis yang tertentu, terutama sekali bunga karang (Filum Porifera) dan Placozoa. Antara tisu-tisu ini ialah otot yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan memproses isyarat. Biasanya, juga terdapat kebuk pencernaan dalaman dengan satu atau dua bukaan.[7] Haiwan yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupun eumetazoa bagi memaksudkan haiwan pada umumnya.[8]

Semua haiwan mempunyai sel-sel eukariot yang dikitari oleh matriks luar sel yang terdiri daripada kolagen dan glisoprotein anjal.[9] Ini boleh dikapurkan untuk membentuk struktur-struktur seperti cangkerang, tulang, dan spikul.[10] Ketika berkembang, ia membentuk rangka yang agak mudah lentur[11] di mana sel-sel boleh bergerak-gerak dan bersusun semula, maka membolehkan struktur yang rumit. Berbeza pula dengan organisma-organisma multisel yang lain seperti tumbuhan dan kulat yang sel-selnya ditahan oleh dinding sel, oleh itu berkembang secara pertumbuhan progresif.[7] Selain itu, simpang-simpang antara sel ini juga hanya terdapat dalam sel haiwan: simpang ketat, simpang renggang, dan desmosom.[12]

Pembiakan dan perkembangan

Sebutir sel paru-paru bengkarung air dengan pencelup pendarfluor yang menjalani peringkat anafasa awal dalam mitosis.

Hampir kesemua haiwan menjalani suatu bentuk pembiakan seks.[13] Ia mempunyai beberapa sel pembiakan khusus yang menjalani meiosis untuk menghasilkan spermatozoon yang kecil tetapi motil, atau ovum yang besar tetapi tidak motil.[14] Spermatozoon dan ovum ini bergabung untuk membentuk zigot yang berkembang menjadi individu baru.[15]

Juga terdapat banyak haiwan juga mampu membiak tanpa seks.[16] Ini boleh terjadi secara partenogenesis, yang mana telur yang subur dihasilkan tanpa mengawan, bercambah ataupun berpecah.[17]

Zigot mula-mula berkembang menjadi suatu bentuk sfera yang cembung, iaitu blastula[18] yang menjalani proses penyusunan semula dan penceraian. Bagi bunga karang, larva blastula berenang ke tempat baru lalu berkembang menjadi bunga karang baru.[19] Bagi kebanyakan kelompok yang lain pula, blastula menjalani penyusunan semula yang lebih rumit.[20] Mula-mula, ia berinvaginasi untuk membentuk gastrula dengan kebuk pencernaan, dan dua lapisan germa yang berasingan, iaitu ektoderma luaran dan endoderma dalaman.[21] Selalunya, juga berkembangnya mesoderma di antara ektoderma dan endoderma itu.[22] Kemudian, lapisan-lapisan germa ini berpecah-pecah untuk membentuk tisu dan organ.[23]

Makanan dan penyumberan tenaga

Semua haiwan merupakan heterotrof, iaitu boleh makan hidupan lain secara langsung atau tidak langsung.[24] Lazimnya, haiwan dibahagikan lagi kepada kelomok-kelompok seperti maging, maun, omnivor, dan parasit.[25]

Pemangsaan ialah interaksi biologi yang mana pemangsa (heterotrof yang memburu) memakan mangsanya (organisma yang diserangnya).[26] Pemangsa ini boleh tetapi tidak semestinya membunuh mangsa sebelum memakannya, tetapi apapun, tindakan pemangsaan ini sentiasa berkesudahan dengan kematian mangsa.[27] Satu lagi kategori pemakanan yang lain ialah detritivori, iaitu pengambilan jirim organik yang mati.[28] Kadang-kadang, adalah sukar untuk membezakan kedua-dua tabiat pemakanan ini, misalnya yang mana spesies parasit memangsakan organisme perumah, kemudian bertelur di atasnya supaya zuriatnya boleh memakan bangkainya yang reput. Tekanan berpilih yang dikenakan ke atas satu sama lain telah menimbulkan perlumbaan senjata evolusi antara mangsa dan pemangsa, oleh itu menyebabkan pelbagai penyesuaian anti-pemangsa.[29]

Kebanyakan haiwan secara tidak langsungnya menggunakan tenaga matahari dengan memakan tumbuhan atau haiwan yang memakan tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan menggunakan cahaya untuk menukarkan molekul-molekul tak organik dalam persekitarannya kepada molekul organik, misalnya gula ringkas, dalam fotosintesis. Bermula dengan molekul-molekul karbon dioksida (CO2) dan air (H2O), fotosintesis menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia yang disimpan sebagai karbon terturun (cth. glukosa) serta melepaskan molekul oksigen. Kemudian, gula-gula ini digunakan sebagai bahan binaan untuk pembesaran tumbuhan.[7] Apabila haiwan memakan tumbuhan ini (atau memakan haiwan lain yang pernah makan tumbuhan ini), gula-gula yang dihasilkan oleh tumbuhan itu pun diambil oleh haiwan berkenaan.[30] Sama ada gula itu digunakan secara langsung untuk pembesaran haiwan, ataupun dipecah-pecahkan untuk melepaskan tenaga suria yang tersimpan dan memberi haiwan itu tenaga yang diperlukan untuk pergerakan.[31] Proses ini dipanggil glikolisis.[32] Haiwan yang hidup berdekatan lohong hidroterma dan tiris sejuk di dasar laut tidak bergantung pada tenaga cahaya matahari.[33] Sebaliknya, arkea dan bakteria kimiasintetis membentuk asas rantaian makanan.[34]

Bahasa lain
Acèh: Binatang
Afrikaans: Dier
Alemannisch: Tiere
አማርኛ: እንስሳ
Ænglisc: Dēor
العربية: حيوان
aragonés: Animalia
ܐܪܡܝܐ: ܚܝܘܬܐ
armãneashti: Animalu
arpetan: Animâl
অসমীয়া: প্ৰাণী
asturianu: Animal
Atikamekw: Awesis
Avañe'ẽ: Mymba
Aymar aru: Uywa
azərbaycanca: Heyvanlar
تۆرکجه: حئیوان
Bahasa Indonesia: Hewan
bamanankan: Bagan
বাংলা: প্রাণী
Bân-lâm-gú: Tōng-bu̍t
Basa Banyumasan: Kewan
Basa Jawa: Sato kéwan
Basa Sunda: Sato
башҡортса: Хайуандар
Baso Minangkabau: Binatang
беларуская: Жывёлы
беларуская (тарашкевіца)‎: Жывёлы
भोजपुरी: जानवर
Bikol Central: Hayop
Bislama: Animol
Boarisch: Viecha
bosanski: Životinje
brezhoneg: Loen
български: Животни
буряад: Амитан
català: Animals
Cebuano: Mananap
Чӑвашла: Чĕр чун
čeština: Živočichové
chiShona: Mhuka
chiTumbuka: Vinyama
Cymraeg: Anifail
dansk: Dyr
Deitsch: Gedier
Deutsch: Tier
Diné bizaad: Naaldeehii
eesti: Loomad
Ελληνικά: Ζώο
English: Animal
эрзянь: Ракшат
español: Animalia
Esperanto: Bestoj
estremeñu: Animalia
euskara: Animalia
فارسی: جانوران
Fiji Hindi: Jaanwar
føroyskt: Dýr
français: Animal
Frysk: Dieren
Gaeilge: Ainmhí
Gaelg: Baagh
Gàidhlig: Beathach
galego: Animais
贛語: 動物
ગુજરાતી: પ્રાણી
客家語/Hak-kâ-ngî: Thung-vu̍t
한국어: 동물
Hausa: Dabba
Հայերեն: Կենդանիներ
हिन्दी: प्राणी
hrvatski: Životinje
Ido: Animalo
Ilokano: Ayup
interlingua: Animal
Interlingue: Animal
ᐃᓄᒃᑎᑐᑦ/inuktitut: ᓂᕐᔪᑦ
Iñupiak: Niġrun
isiXhosa: Isilwanyana
isiZulu: Izilwane
íslenska: Dýr
italiano: Animalia
עברית: בעלי חיים
ಕನ್ನಡ: ಪ್ರಾಣಿ
Kapampangan: Animal
ქართული: ცხოველები
कॉशुर / کٲشُر: جانور
қазақша: Жануарлар
kernowek: Enyval
Kinyarwanda: Inyamaswa
Кыргызча: Жаныбарлар
Kiswahili: Mnyama
Kongo: Kibulu
Kreyòl ayisyen: Zannimo
kurdî: Heywan
лакку: ХӀайван
лезги: Гьайванар
ລາວ: ສັດ
Latina: Animalia
latgaļu: Dzeivinīki
latviešu: Dzīvnieki
lea faka-Tonga: Monumanu
Lëtzebuergesch: Déiereräich
lietuvių: Gyvūnai
Ligure: Animalia
Limburgs: Bieste
lingála: Nyama
la .lojban.: danlu
lumbaart: Bestia
magyar: Állatok
मैथिली: पशु
македонски: Животно
Malagasy: Biby
മലയാളം: ജന്തു
Malti: Annimal
मराठी: प्राणी
მარგალური: ჩხოლარეფი
مصرى: حيوان
مازِرونی: حیوون
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Dông-ŭk
Mirandés: Animal
Перем Коми: Пода
монгол: Амьтан
မြန်မာဘာသာ: တိရစ္ဆာန်
Nāhuatl: Yolcatl
Na Vosa Vakaviti: Manumanu
Nederlands: Dierenrijk
Nedersaksies: Dieren
Nēhiyawēwin / ᓀᐦᐃᔭᐍᐏᐣ: ᐱᓯᐢᑭᐤ
नेपाली: जनावर
नेपाल भाषा: पशु
日本語: 動物
Napulitano: Animale
Nordfriisk: Diarten
norsk: Dyr
norsk nynorsk: Dyr
Nouormand: Animâ
Novial: Animalia
occitan: Animalia
олык марий: Янлык
Oromoo: Binensotta
oʻzbekcha/ўзбекча: Hayvonlar
ਪੰਜਾਬੀ: ਜੰਤੂ
पालि: Ariyasaccāni
پنجابی: جانور
پښتو: ژوي
Patois: Animal
ភាសាខ្មែរ: សត្វ
Piemontèis: Animalia
Plattdüütsch: Deerter
polski: Zwierzęta
português: Animalia
Qaraqalpaqsha: Haywanlar
Ripoarisch: Dier
română: Regnul Animalia
Romani: Vasho
Runa Simi: Uywa
русский: Животные
русиньскый: Быдла
саха тыла: Харамай
संस्कृतम्: जन्तवः
Scots: Ainimal
Seeltersk: Dierte
shqip: Kafsha
sicilianu: Armali
සිංහල: සත්තු
Simple English: Animal
slovenčina: Živočíchy
slovenščina: Živali
Soomaaliga: Xayawaan
کوردی: گیانلەبەر
Sranantongo: Meti
српски / srpski: Животиње
srpskohrvatski / српскохрватски: Životinje
svenska: Djur
Tagalog: Hayop
தமிழ்: விலங்கு
Taqbaylit: Aɣersiw
tarandíne: Regnum Animalia
татарча/tatarça: Хайваннар
తెలుగు: జంతువు
ไทย: สัตว์
Tiếng Việt: Động vật
ትግርኛ: እንስሳ
тоҷикӣ: Ҳайвон
Tok Pisin: Abus
ᏣᎳᎩ: ᎦᏂᏝᎢ
Tsetsêhestâhese: Hova
Tshivenda: Phukha
Türkçe: Hayvanlar
Türkmençe: Haýwanlar
українська: Тварини
اردو: جانور
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: ھايۋانات
Vahcuengh: Doenghduz
Võro: Eläjäq
walon: Biesse
文言: 動物
West-Vlams: Bêesten (ryk)
Winaray: Hayop
Wolof: Rab
吴语: 動物
Xitsonga: Swiharhi
ייִדיש: בעלי חיים
Yorùbá: Ẹranko
粵語: 動物
Zazaki: Heywan
Zeêuws: Beêsten
žemaitėška: Gīvē
中文: 动物
डोटेली: प्राणी