Hadiah Nobel

Untuk senarai lengkap pemenang Hadiah Nobel disusun mengikut tahun, sila lihat Senarai pemenang Hadiah Nobel. Untuk maklumat lanjut mengenai Hadiah Nobel dalam Ekonomi Sains, sila lihat Hadiah Peringatan Nobel dalam Ekonomi Sains.
Hadiah Nobel
Sebuah pingat emas dengan imej timbul Alfred Nobel menghadap ke kiri dalam profil. Ke kiri beliau ialah teks "ALFR•" kemudian "NOBEL", dan di kanan, teks (lebih kecil) "NAT•" kemudian "MDCCCXXXIII" di atas, diikuti oleh (lebih kecil) "OB•" kemudian "MDCCCXCVI" di bawah.
PenghargaanSumbangan cemerlang untuk manusia sejagat dalam Fizik, Kimia, Kesusasteraan, Keamanan, Fisiologi atau perubatan dan Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi
NegaraSweden,
Norway (hanya Hadiah Keamanan)
Disampaikan olehAkademi Sweden
Jawatankuasa Nobel Akademi Sains Diraja Sweden
Jawatankuasa Nobel Karolinska Institutet
Jawatankuasa Nobel Norway
Anugerah pertama1901
Laman web rasminobelprize.org

Hadiah Nobel (sebutan Sweden: [noˈbɛl], bentuk tentu, mufrad bahasa Sweden: Nobelpriset; bahasa Norway: Nobelprisen) ialah hadiah yang dimulakan oleh wasiat Alfred Nobel, dan dianugerahkan kepada individu (dan juga pertubuhan dalam kes Hadiah Keamanan Nobel) yang telah melakukan penyelidikan yang ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa, atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah-hadiah Nobel yang umumnya dianugerahkan setiap tahun dalam kategori-kategori yang disenaraikan di bawah, dianggap secara meluas sebagai pujian yang tertinggi dalam dunia pada hari ini.

Sejak November 2005, sebanyak 776 buah Hadiah Nobel telah dianugerahkan (758 kepada individu dan 18 kepada pertubuhan). [1] Bagaimanapun, beberapa pemenang hadiah telah menolak anugerah ini. Terdapat juga tahun-tahun yang hadiah ini tidak dianugerahkan; umpamanya, semasa Perang Dunia II, hadiah-hadiah Nobel langsung tidak dianugerahkan antara tahun 1940 dan 1942. Khususnya, pemilihan hadiah keamanan amat terjejas oleh pendudukan Jerman Nazi di Norway. [2]

Hadiah-hadiah Nobel harus dianugerahkan sekurang-kurangnya satu kali pada setiap lima tahun. Calon-calon harus masih hidup pada masa pencalonan dan sejak tahun 1974, anugerah ini tidak boleh diberikan selepas mati. Hadiah yang diberikan tidak boleh ditarik balik.

Kategori hadiah


Pingat Kategori Ciri-ciri
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Fizik Dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada "individu yang telah membuat penemuan atau rekaan yang paling penting dalam bidang fizik".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Kimia Dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden kepada "individu yang telah membuat penemuan atau pembaikan kimia yang paling penting".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan Dianugerahkan oleh Karolinska Institutet kepada "individu yang telah membuat penemuan yang paling penting dalam bidang fisiologi atau perubatan".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan Dianugerahkan oleh Akademi Sweden kepada "individu yang telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cermelang dalam bidang kesusasteraan".
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Keamanan Nobel Dianugerahkan oleh Jawatankuasa Nobel Norway kepada "individu yang telah membuat kerja yang paling banyak atau paling baik untuk persaudaraan antara negara, penghapusan atau pengurangan tentera tetap, ataupun mengadakan dan mempromosikan kongres-kongres keamanan".


Hadiah Peringatan Nobel

Pingat Kategori Ciri-ciri
Reka bentuk asli ®© Yayasan Nobel. Hadiah Peringatan  Nobel dalam Ekonomi Juga dikenali sebagai Hadiah Bank Sweden dalam Sains Ekonomi untuk Peringatan Alfred Nobel, hadiah ini dimulakan pada tahun 1969 oleh Sveriges Riksbank (Bank Sweden). Walaupun hadiah ini dianugerahkan oleh Akademi Sains Diraja Sweden pada waktu yang sama dengan Hadiah-hadiah Nobel – dan menyebabkan banyak orang dan pengulas menganggapnya sebagai satu "Hadiah Nobel" – berdasarkan alasan-alasan teknik, hadiah ini bukannya sebuah hadiah Nobel kerana hadiah ini tidak diwasiat oleh Alfred Nobel atau dibiayai oleh pusakanya.


Bahasa lain
Afrikaans: Nobelprys
Alemannisch: Nobelpreis
العربية: جائزة نوبل
aragonés: Premio Nobel
অসমীয়া: ন'বেল বঁটা
asturianu: Premios Nobel
azərbaycanca: Nobel mükafatı
Bahasa Indonesia: Penghargaan Nobel
Bân-lâm-gú: Nobel Chióng
Basa Jawa: Bebungah Nobel
башҡортса: Нобель премияһы
Baso Minangkabau: Adiah Nobel
беларуская (тарашкевіца)‎: Нобэлеўская прэмія
Bikol Central: Nobel Prize
Boarisch: Nobelpreis
brezhoneg: Priz Nobel
català: Premi Nobel
čeština: Nobelova cena
Chavacano de Zamboanga: Premyo Nobel
Cymraeg: Gwobr Nobel
Deutsch: Nobelpreis
Ελληνικά: Βραβείο Νόμπελ
English: Nobel Prize
español: Premio Nobel
Esperanto: Nobel-premio
euskara: Nobel Sariak
Fiji Hindi: Nobel Prize
français: Prix Nobel
Frysk: Nobelpriis
furlan: Premi Nobel
Gaeilge: Duais Nobel
Gàidhlig: Duais Nobel
贛語: 諾貝爾獎
Gĩkũyũ: Kĩheo ya Nobero
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: नोबॅल पुरस्कार
한국어: 노벨상
Ilokano: Premio Nobel
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: নোবেল পুরস্কার
interlingua: Premio Nobel
italiano: Premio Nobel
עברית: פרס נובל
kaszëbsczi: Nôdgroda Nobla
Кыргызча: Нобель сыйлыгы
Kiswahili: Tuzo ya Nobel
لۊری شومالی: جاییزأ نوبل
latviešu: Nobela prēmija
Lëtzebuergesch: Nobelpräis
lietuvių: Nobelio premija
Limburgs: Nobelpries
Livvinkarjala: Nobel-palkindo
magyar: Nobel-díj
македонски: Нобелова награда
Malagasy: Loka Nobel
къарачай-малкъар: Нобелни премиясы
მარგალური: ნობელიშ პრემია
مازِرونی: نوبل جایزه
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Nobel Ciōng
Mirandés: Prémio Nobel
မြန်မာဘာသာ: နိုဘဲလ်ဆု
Nederlands: Nobelprijs
नेपाल भाषा: नोबेल सिरपा
日本語: ノーベル賞
Napulitano: Premmio Nobel
norsk nynorsk: Nobelprisen
Nouormand: Pris Nobel
Novial: Nobel Premie
occitan: Prèmi Nobel
oʻzbekcha/ўзбекча: Nobel mukofoti
ਪੰਜਾਬੀ: ਨੋਬਲ ਇਨਾਮ
پنجابی: نوبل انعام
Patois: Nobel Praiz
ភាសាខ្មែរ: រង្វាន់ណូបែល
Piemontèis: Premi Nobel
Plattdüütsch: Nobelpries
português: Prémio Nobel
română: Premiul Nobel
Runa Simi: Nobel Suñay
русиньскый: Нобелівска премія
Seeltersk: Nobelpries
sicilianu: Premiu Nobel
Simple English: Nobel Prize
slovenčina: Nobelova cena
slovenščina: Nobelova nagrada
српски / srpski: Нобелова награда
srpskohrvatski / српскохрватски: Nobelova nagrada
svenska: Nobelpriset
Tagalog: Nobel Prize
Taqbaylit: Arraz Nobel
татарча/tatarça: Nobel büläge
Tiếng Việt: Giải Nobel
ತುಳು: ನೊಬೆಲ್
Türkçe: Nobel Ödülü
Türkmençe: Nobel baýragy
vèneto: Premio Nobel
吴语: 诺贝尔奖
ייִדיש: נאבעל פריז
Yorùbá: Ẹ̀bùn Nobel
粵語: 諾貝爾獎
žemaitėška: Nuobelė premėjė
中文: 诺贝尔奖
Kabɩyɛ: Prix Nobel
Lingua Franca Nova: Premio Nobel