Globalisasi

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.


Perdebatan dan makna

Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara". [1] Walaupun ahli teori yang kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia [2] definasi-definasi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat.

Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga buruh.

Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.

Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturan-peraturan global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini adalah Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah Euro, Persejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll. Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek ini.

Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti Antarabangsa dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.

Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan umpama kilat menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman bergas yang sama dengan seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi.

Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya dalam bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk perkampungan global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 penonton perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya.

Bahasa lain
Afrikaans: Globalisering
Alemannisch: Globalisierung
العربية: عولمة
aragonés: Globalización
asturianu: Globalización
azərbaycanca: Qloballaşma
Bahasa Indonesia: Globalisasi
Bân-lâm-gú: Choân-kiû-hòa
Basa Jawa: Globalisasi
башҡортса: Глобалләшеү
беларуская: Глабалізацыя
беларуская (тарашкевіца)‎: Глябалізацыя
bosanski: Globalizacija
brezhoneg: Bedeladur
български: Глобализация
čeština: Globalizace
Cymraeg: Globaleiddio
English: Globalization
español: Globalización
Esperanto: Tutmondiĝo
euskara: Globalizazio
Fiji Hindi: Vaisvikaran
føroyskt: Alheimsgerð
français: Mondialisation
Gaeilge: Domhandú
ગુજરાતી: વૈશ્વિકરણ
한국어: 세계화
Հայերեն: Գլոբալացում
हिन्दी: वैश्वीकरण
hrvatski: Globalizacija
Ilokano: Globalisasion
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: বিশ্বায়ন
íslenska: Hnattvæðing
italiano: Globalizzazione
ಕನ್ನಡ: ಜಾಗತೀಕರಣ
қазақша: Жаһандану
Kiswahili: Utandawazi
Latina: Globalizatio
latviešu: Globalizācija
Lëtzebuergesch: Globaliséierung
lietuvių: Globalizacija
Limburgs: Globalisering
македонски: Глобализација
Malagasy: Fanatontoloana
къарачай-малкъар: Глобализация
Mirandés: Globalizaçon
монгол: Даяарчлал
Nederlands: Mondialisering
नेपाल भाषा: हलिमिकरण
norsk nynorsk: Globalisering
occitan: Globalizacion
ਪੰਜਾਬੀ: ਸੰਸਾਰੀਕਰਨ
Piemontèis: Mondialisassion
polski: Globalizacja
português: Globalização
română: Globalizare
русский: Глобализация
русиньскый: Ґлобалізація
саха тыла: Глобализация
संस्कृतम्: वैश्वीकरणम्
Simple English: Globalization
slovenčina: Globalizácia
slovenščina: Globalizacija
کوردی: جیھانگیری
српски / srpski: Глобализација
srpskohrvatski / српскохрватски: Globalizacija
svenska: Globalisering
Tagalog: Globalisasyon
татарча/tatarça: Глобальләшү
తెలుగు: ప్రపంచీకరణ
Tiếng Việt: Toàn cầu hóa
тоҷикӣ: Ҷаҳонишавӣ
Türkçe: Küreselleşme
українська: Глобалізація
Winaray: Globalisasyon
粵語: 全球化
žemaitėška: Gluobalėzacėjė
中文: 全球化