Gigi bongsu

Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.

Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah.

Masalah pada gigi bongsu

Gigi yang terhimpit

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh.

Gigi yang tidak muncul sempurna pada gusi

Kadangkala gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.

Bahasa lain
العربية: ضرس العقل
azərbaycanca: Ağıl dişi
Bahasa Indonesia: Gigi bungsu
Bân-lâm-gú: Tì-hūi-khí
bosanski: Umnjak
čeština: Zub moudrosti
Deutsch: Weisheitszahn
Ελληνικά: Φρονιμίτης
English: Wisdom tooth
فارسی: دندان عقل
français: Dent de sagesse
한국어: 사랑니
हिन्दी: अकल दाढ़
עברית: שן בינה
Nederlands: Verstandskies
日本語: 親知らず
português: Siso
русский: Зуб мудрости
Simple English: Wisdom teeth
slovenčina: Zub múdrosti
српски / srpski: Умњак
svenska: Visdomstand
Tiếng Việt: Răng khôn
українська: Зуби мудрості
中文: 智齿