Genosid Armenia

Templat:Armenian Genocide

Ethnic groups in the Balkans and Asia Minor as of early 20th Century (William R. Shepherd, Historical Atlas, 1911).

Genosid Armenia atau penghapusan etnik Armenia dilakukan oleh kerajaan Turki dari tahun 1915-1917 semasa Empayar Turki Uthmaniyyah.

Kes ini dianggap sebagai 'Armenian Holocaust', 'Great Calamity' dan 'pembunuhan beramai-ramai Armenia' kerana melibatkan ratusan hingga ribuan dari 1.5 juta etnik Armenia. Kes ini dianggap sebagai penghapusan etnik yang pertama secara sistematik pada zaman moden ini. Diplomat 22 negara telah mengesahkan kes ini sebagai penghapusan etnik. Tetapi kerajaan Turki pada 12 Oktober 2007 menolak berlakunya penghapusan etnik Armenia ini.

Di bawah sistem undang-undang Uthmaniyyah, rakyat Armenia, Yunani, Yahudi dan lain-lain minoriti di Turki dilayan sebagai kaum kafir zimmi, satu layanan undang-undang yang berbeza dengan orang Islam. Sebagai kafir zimmi, mereka dikehendaki membayar cukai jizyah (cukai kepala) dan tidak diwajibkan menjadi tentera kerajaan Turki di medan perang. Mereka dilarang menggalas senjata di medan perang. Jihad iaitu berkorban nyawa di medan perang tidak menjadi kewajipan kepada rakyat yang tidak beragama Islam.

Pada 1914, terdapat 2 juta etnik Armenia dalam Empayar Uthmaniyyah. Etnik Armenia menjadi majoriti di timur Anatolia terutama di sekitar Konstantinople. Hampir dua dekad ,mereka dilayan dengan kejam dan dibunuh.

Sebelum perang

Sultan Abdul Hamid II menggantung perlembagaan dan memulakan pemerintahan diktator. Akhir abad ke-19, iaitu antara 1894 hingga 1895 berlaku beberapa siri pembunuhan terhadap penganut Kristian di Asia Minor.

Pada 1908, kerajaan Turki Uthmaniah dikuasai oleh Turki Muda di bawah pimpinan Namik Kemal, Abdullah Cevdet, Ziya Gökalp dan lain-lain yang melakukan Revolusi Turki Muda. Turki Muda mahukan pemerintahan sekular dan mengamalkan penerintahan parlimen dan memulihkan perlembagaan. Pergerakan ini disambut penuh oleh golongan minoriti . Tetapi 1909 Sultan Abdul Hamid II mendapat kembali kuasa dengan menyeru slogan Islam. Beliau berjanji akan memulihkan institusi-institusi Islam, undang-undang Islam dan akan mengamalkan sistem khalifah. Ramai Armenia yang mejadi minoriti di Turki menyokong Turki Muda ini.

Akibatnya pada April 1909, berlakulah pembunuhan beramai-ramai etnik Armenia di wilayah Adana ( Pembunuhan Adana). Dianggarkan 30,000 orang telah dibunuh oleh regim Sultan Abdul Hamid II. Gerakan anti Armenia telah dilancarkan kerana menyokong Revolusi Turki Muda. Etnik Armenia ini menyokong revolusi kerana mereka dijanjikan akan diberi layanan sama rata seperti penganut Islam yang lain, akan diberi jawatan dan pekerjaan yang sama adil.

Selepas satu edaran, pada 14 April 1909, etnik Armenia telah diserang oleh perusuh-perusuh. Pada 18 April 1909 lebih 1000 etnik Armenia terbunuh di Adana sahaja. Pembunuhan juga berlaku di Tarsus dan pelabuhan Alexandretta. Beribu-ribu pelarian memenuhi kedutaan Amerika di Alexandretta. Kapal perang British cuba mengangkut seramai mungkin pelarian Kristian ini. Tiga kapal perang Perancis mengangkut mereka dari pantai ke Mersin.

Pihak tentera Turki tidak ambil peduli dengan pembunuhan etnik ini atau terlibat sama membunuh. Pada 3 Mei 1909 tentera Turki sampai di Adana dan cuba memulihkan keamanan di sana tetapi tidak berkesan. Hüseyin Hilmi Pasha yang pernah menjadi menteri dalam negeri Empayar Uthmaniah dan wazir menyatakan peristiwa ini adalah tindakan politik, bukan disebabkan oleh pertentangan antara agama.

Bahasa lain
العربية: مذابح الأرمن
Bahasa Indonesia: Genosida Armenia
Basa Jawa: Genosida Armenia
беларуская: Генацыд армян
Esperanto: Armena genocido
hornjoserbsce: Genocid Armenjanow
Lëtzebuergesch: Armenesche Vëlkermuerd
македонски: Ерменски геноцид
Nederlands: Armeense genocide
Simple English: Armenian Genocide
slovenščina: Armenski genocid
srpskohrvatski / српскохрватски: Armenski genocid
татарча/tatarça: Ärmännär genotsidı
Tiếng Việt: Diệt chủng Armenia
українська: Геноцид вірмен