Fosil

Tiga fosil amonit kecil, yang diameternya berukuran kira-kira 1.5 cm.
Kayu batu. Struktur dalaman pokok dan kulit kayu terawet hasil proses pempermineralan.

Fosil (dari bahasa Latin fossus, "digali") ialah bangkai atau kesan tinggalan haiwan, tumbuhan dan hidupan lain yang diawet sejak zaman purbakala. Keseluruhan fosil baik yang ditemui mahupun sebaliknya, dan penemuannya dalam pembentukan batu dan lapisan batuan enapan (strata) berfosil dikenali sebagai rekod fosil. Kajian fosil merentas masa geologi, pembentukan fosil, dan hubungan evolusi antara tekson (filogeni) merupakan antara fungsi-fungsi terpenting dalam ilmu sains paleontologi.

Spesimen terawet sedemikian boleh dikira sebagai "fosil" jika usianya menjangkaui usia minimum yang tertentu, iaitu selalunya 10,000 tahun dahulu.[1] Oleh itu, usia fosil adalah semuda dari awal Epok Holosen hingga setua dari Eon Arkean beberapa ribu juta tahun dahulu. Pemerhatian bahawa fosil-fosil tertentu dikaitkan dengan strata batuan tertentu mencetuskan ahli geologi masa silam untuk menggagas suatu skala masa geografi pada awal abad ke-19. Perkembangan teknik pentarikhan radiometri pada awal abad ke-20 membolehkan ahli geologi menentukan usia "mutlak" atau bernombor bagi berbagai-bagai strata ini, termasuk sekali fosil-fosil yang tertanam dalamnya.

Seperti hidupan yang masih wujud, fosil-fosil ini ada yang sehalus-halus sel bakteria tunggal[2] yang berdiameter satu mikrometer sahaja, atau segergasi dinosaur dan pokok yang bermeter-meter panjangnya dan dan bertan-tan beratnya.

Fosil biasanya hanya mampu mengawet sebahagian tubuh badan bangkai hidupan itu, selalunya bahagian itu sedikit sebanyak bertukar menjadi mineral sewaktu hidupan itu hidup, seperti tulang dan gigi vertebrata, atau rangka luar invertebrat yang berkitin. Pengawetan tisu lembut jarang ditemui dalam rekod fosil. Kesan-kesan tinggalan hidupan dalam hayatnya, seperti kesan jejak kaki atau tinja (koprolit) buangan reptilia, juga dikira sebagai fosil, iaitu fosil jejak (atau iknofosil). Akhir sekali, hidupan zaman silam juga meninggalkan kesan yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar tetapi boleh dikesan dalam bentuk isyarat biokimia; inilah fosil kimia atau biomarker namanya.

Bahasa lain
Afrikaans: Fossiel
Alemannisch: Fossil
العربية: مستحاثة
asturianu: Fósil
azərbaycanca: Fosil
تۆرکجه: فوسیل
Bahasa Indonesia: Fosil
বাংলা: জীবাশ্ম
Bân-lâm-gú: Hòa-chio̍h
Basa Banyumasan: Fosil
Basa Jawa: Fosil
Basa Sunda: Fosil
беларуская: Акамянеласці
bosanski: Fosili
brezhoneg: Karrekaenn
български: Вкаменелост
català: Fòssil
čeština: Fosilie
Cymraeg: Ffosil
dansk: Fossil
Deutsch: Fossil
eesti: Kivistis
Ελληνικά: Απολίθωμα
English: Fossil
español: Fósil
Esperanto: Fosilio
euskara: Fosil
فارسی: سنگواره
français: Fossile
Frysk: Fossyl
Gaeilge: Iontaise
galego: Fósil
한국어: 화석
हिन्दी: जीवाश्म
hrvatski: Fosil
Ido: Fosilo
íslenska: Steingervingur
italiano: Fossile
עברית: מאובן
қазақша: Қазындылар
Kiswahili: Kisukuku
Kreyòl ayisyen: Fosil
Latina: Fossile
latviešu: Fosilijas
Lëtzebuergesch: Fossil
lietuvių: Fosilija
Limburgs: Fossiel
magyar: Fosszília
македонски: Фосил
മലയാളം: ജീവാശ്മം
मराठी: जीवाश्म
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Huá-siŏh
Nederlands: Fossiel
नेपाली: जीवावशेष
日本語: 化石
norsk: Fossil
norsk nynorsk: Fossil
occitan: Fossil
ଓଡ଼ିଆ: ଜୀବାଶ୍ମ
ਪੰਜਾਬੀ: ਪਥਰਾਟ
Plattdüütsch: Fossil
português: Fóssil
română: Fosilă
Runa Simi: Rumiyasqa
русский: Фоссилии
Scots: Fossil
shqip: Fosilet
සිංහල: පොසිල
Simple English: Fossil
سنڌي: فاسل
slovenčina: Fosília
slovenščina: Fosil
српски / srpski: Фосил
srpskohrvatski / српскохрватски: Fosil
suomi: Fossiili
svenska: Fossil
Tagalog: Posil
తెలుగు: శిలాజము
Tiếng Việt: Hóa thạch
Türkçe: Fosil
اردو: رکاز
West-Vlams: Fossiel
Winaray: Posil
ייִדיש: פאסיל
粵語: 化石
中文: 化石