Final Fantasy VIII

Final Fantasy VIII
Logo Final Fantasy VIII menunjukkan lakaran Squall dan Rinoa.
PembangunSquare
PenerbitPlayStation
JPN Square
NA Square Electronic Arts
PAL SCE Europe
Windows (PC)
NA Eidos Interactive
EU Eidos Interactive
JPN Square
PengarahYoshinori Kitase
PengeluarShinji Hashimoto[*]
PerekaHironobu Sakaguchi (penerbit eksekutif)
Shinji Hashimoto (pengeluar)
Yoshinori Kitase (pengarah)
Yoshitaka Amano (pengilustrasi imej, pereka logo utama)
Tetsuya Nomura (pereka wataker)
Kazushige Nojima (penulis senario)
Nobuo Uematsu (penggubah)
Yusuke Naora (pengarah seni)
KomposerNobuo Uematsu[*]
SiriFinal Fantasy
PelantarPlayStation, Microsoft Windows
KeluaranPlayStation




Windows (PC)


GenrePermainan Video Berperanan (Role-playing Game)
ModSeorang pemain

Final Fantasy VIII (ファイナルファンタジーVIII, Fainaru Fantajī Eito) merupakan sebuah judul permainan video berperanan dicipta dan diterbitkan oleh Square (kini Square Enix) untuk konsol permainan video Sony PlayStation dan komputer Microsoft Windows, sebahagian daripada siri permainan video Final Fantasy. Kisahnya bertumpu dikalangan beberapa askar upahan yang terlibat dalam sebuah konflik antarabangsa, dan bertekad untuk melindungi dunia daripada seorang ahli sihir perempuan yang memanipulasi peperangan untuk keperluan dirinya sendiri.

Tiga belas minggu selepas keluarannya, Final Fantasy VIII telah mengaut keuntungan lebih daripada AS $50 juta dalam jualan,[1] menjadikannya judul Final Fantasy yang paling pantas dijual. Selain itu, Final Fantasy VIII dipilih sabagai judul permainan video ke-22 yang terunggul sepanjang masa oleh para pembaca majalah Jepun Famitsu.[2]

Final Fantasy VIII telah berpisah daripada standard tradisional siri Final Fantasy, di mana judul ini merupakan yang pertama dikalangan judul-judul lain dalam sirinya yang menggunakan watak-watak bercirikan aspek-aspek realistik (dari segi proposi dan sebagainya), yang pertama untuk mempamerkan muzik vokal sebagai muzik temanya, selain daripada tidak mempunyai sistem berdasarkan Magic point untuk penggunaan magik dan tidak mempunyai keperluan untuk, secara tradisionalnya, meningkatkan kuasa watak-watak.

Bahasa lain