F.W. de Klerk

F.W. de Klerk

Frederik Willem de Klerk (lahir pada 18 Mac, 1936) merupakan Presiden kulit putih yang terakhir di Afrika Selatan. Beliau berkhidmat sebagai Presiden dari September 1989 hingga May 1994, dan memimpin Parti Kebangsaan atau National Party Afrika Selatan (kemudiannya dikenali sebagai Parti Kebangsaan Baru Afrika Selatan) dari Februari 1989 hingga September 1997.

De Klerk terkenal di dalam sejarah antarabangsa sebagai pemimpin yang berjaya mengakhiri era aparteid, suatu dasar perkauman di Afrika Selatan yang menindas kaum majoriti kulit hitam. Dia juga telah mengubah sistem pentadbiran negara dari sebuah regim kuku besi ke sistem demokrasi, dimana penduduk kulit hitam (yang melebihi 90% penduduk Afrika Selatan) diberikan hak mengundi.

Sejarah awal

Lahir di Johannesburg, De Klerk adalah anak kepada bekas Senator, Jan de Klerk dan anak saudara J.G. Strijdom Perdana Menteri Afrika Selatan antara 1954 dan 1958.

Selepas menamatkan pendidikan tingginya di Krugersdorp, De Klerk mendapat ijazah sarjana mudanya dalam bidang perniagaan dan kemudiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 1958 dari Universiti Potchefstroom . Pada tahun 1969 dia berkahwin dengan Marike Willemse, dan kemudiannya dianugerahi dengan tiga cahaya mata, dua anak lelaki dan dan seorang anak perempuan.

Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Frederik Willem de Klerk
беларуская (тарашкевіца)‎: Фрэдэрык Вілем дэ Клерк
Gàidhlig: F. W. de Klerk
Lëtzebuergesch: Frederik Willem de Klerk
Ripoarisch: Wellem de Klerk
română: F. W. de Klerk
Simple English: F. W. de Klerk
srpskohrvatski / српскохрватски: F. W. de Klerk
svenska: F.W. de Klerk
Tiếng Việt: Frederik Willem de Klerk