Empayar Suci Rom

Empayar Suci Rom

Imperium Romanum Sacrum
Heiliges Römisches Reich
Sacro Romano Impero
962–1806
Flag of Empayar Rom Suci
Helang Empayar Jata Maximilian II
Keluasan Pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman moden.
Keluasan Pengaruh Empayar Suci Rom sekitar 1630-an, meliputi sempadan negara-negara Eropah zaman moden.
Ibu kotaberubah-ubah
Bahasa lazimLatin, Jerman dll.
Agama
Katolik, Ajaran Luther
dan Calvin
PemerintahanSistem Beraja
Maharaja 
• 800 - 814
Charlemagne
• 1792 - 1806
Francis II
PerundanganReichstag
Sejarah 
• Charlemagne naik takhta
25 Disember 800
• Otto I naik takhtaOtto I naik takhta
2 Februari 962
• Damai Augsburg
25 September 1555
• Damai Westphalia
1648
Pembubaran
Didahului oleh
Diganti oleh
Frank Tengah
Frank Timur
Persekutuan Switzerland Lama
Republik Belanda
Persekutuan Rhine
Empayar Austria
Empayar Perancis Pertama
Kerajaan Itali
Kerajaan Prusia
Negara Belgium Syarikat
Liechtenstein
Negara Frisian Timur

Empayar Suci Rom (Bahasa Latin: Imperium Romanum Sacrum / ɪmˈpɛɾɪʊm roˈmɑːnʊm ˈsakrʊm/) ialah penyatuan tanah yang didiami oleh puak-puak Jermanik sekitar Eropah Tengah sewaktu Zaman Pertengahan sehingga 1806. Empayar ini dikuasai oleh Maharaja-maharaja Suci Rom yang berketurunan Jerman. Nama ini datang daripada kegemaran penguasa-penguasa zaman pertengahan menyambung tradisi purba Empayar Rom dan mengesahkan kekuasaannya itu sebagai kehendak suci Tuhan dalam pengertian agama Kristian.

Empayar Suci Rom dan negeri-negeri jajahannya.

Empayar ini mula ditubuhkan pada abad ke-10 di bawah Dinasti Otto yang berasal dari bekas Empayar Frank Timur. Penamaan asalnya iaitu Sacrum Imperium (Empayar Suci) dilakukan pada tahun 1157, Nama kerajaan tersebut dikembangkan menjadi Sacrum Romanum Imperium (Romanum daripada Bahasa Latin bermaksud 'yang berkaitan dengan Rom') pada tahun 1254. Sejak abad ke-15, nama rasmi kerajaan tersebut menjadi Sacrum Romanum Imperium Nationis Germanicæ (Empayar Suci Rom bagi Bangsa Jerman).

Atas faktor sifat-sifatnya yang memang merentas bangsa dari awal-awal lagi, empayar ini tidak berkembang menjadi satu negara bangsa seperti yang wujud sekarang. Yang wujud ialah satu struktur sistem beraja yang berpengaruh luas yang merangkumi maharaja dan negeri-negeri jajahannya tanpa mempunyai institusi-institusi empayar yang sama. Sempadan empayar ini berubah-ubah pada setiap kurun. Pada waktu puncaknya empayar ini meliputi hampir seluruh kawasan Eropah Tengah dan juga Selatan.

Maharaja Francis Kedua, Maharaja Rom Suci terakhir, sewaktu kemahkotaannya.

Sejak permulaan Era Baru, empayar ini dari segi strukturnya tidak lagi mampu mengetuai serangan, meluaskan pengaruruh dan sempadannya dengan baik. Lantas fungsi asasnya ditukar kepada memberi perlindungan dan menjaga keamanan. Empayar ini menjamin keseimbangan dan penyelesaian perselisihan secara aman dengan pembendungan dinamik sesebuah kuasa. Berikutan kemasukan negeri-negeri jiran yang membayar ufti ke dalam perlembagaannya sejak 1648, empayar ini memenuhi fungsinya sebagai penjamin keamanan dalam sistem Kuasa-kuasa besar Eropah pada waktu itu.

  • kejatuhan

Kejatuhan

Mahkota Maharaja

Bermula dari abad ke-18, kemampuan empayar ini untuk melindungi negeri-negeri dan jajahannya daripada politik penguasaan penguasa-penguasa sama ada dari dalam atau luar semakin berkurangan. Disebabkan kelemahan inilah berlaku kejatuhan empayar. Empayar ini terus kehilangan kuasanya selepas penaklukan langsung Napoleon dan penubuhan Konfederasi Rhein yang berlaku selepas itu. Empayar Rom Suci Bangsa Jerman dibubarkan pada 6 Ogos 1806 berikutan tindakan Maharaja Francis II menurunkan mahkota empayarnya.

Sejarah Belanda
Flag of the Netherlands.svg
Zaman purbakala
Puak-puak Jermanik
Zaman Rom
Zaman Penghijrahan
Negeri pamah pada
Zaman Pertengahan
Alam Frank / Orang Frank
Empayar Suci Rom
Belanda Burgundy
Tujuh Belas Provinsi
Belanda Sepanyol
Kebangkitan dan Kejatuhan
Republik Belanda
Perang Lapan Puluh Tahun
Provinsi-provinsi Bersatu
Zaman Keemasan
Pemberontakan Batavia
Dari Republik ke Monarki
Republik Batavia
Kemaharajaan Belanda
Empayar Perancis Pertama
Kemaharajaan Bersatu Belanda
Belanda pada Zaman Moden
Sejarah Moden Belanda
Belanda dalam Perang Dunia II
Luctor et Emergo
Kawalan banjir di Belanda
Rampaian Belanda
Sejarah ketenteraan Belanda
Sejarah bahasa Belanda
Kesusasteraan Belanda
Pengaruh Belanda pada
istilah ketenteraan
Perekaan dan penemuan Belanda
Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Kekaisaran Romawi Suci
беларуская (тарашкевіца)‎: Сьвятая Рымская імпэрыя
客家語/Hak-kâ-ngî: Sṳ̀n-sṳn Lò-mâ Ti-koet
interlingua: Sacre Imperio Roman
Lingua Franca Nova: Impero Roman Santa
Nedersaksies: Heilige Roomse Riek
Nordfriisk: Hilag Röömsk Rik
oʻzbekcha/ўзбекча: Muqaddas Rim imperiyasi
Piemontèis: Imperi Roman Sacrà
Simple English: Holy Roman Empire
slovenščina: Sveto rimsko cesarstvo
srpskohrvatski / српскохрватски: Sveto Rimsko Carstvo
татарча/tatarça: İzge Rim imperiäse
West-Vlams: Illig Rôoms Ryk