Emas
English: Gold


79platinumemasraksa
Ag

Au

Rg
Au-TableImage.svg
Umum
Nama, Simbol, Nomboremas, Au, 79
Siri kimialogam peralihan
Kumpulan, Kala, Blok11, 6, d
Rupakuning berkilauan
Native gold nuggets.jpg
Jisim atom196.966569(4) g/mol
Konfigurasi elektron[Xe] 4f14 5d10 6s1
Bilangan elektron per petala2, 8, 18, 32, 18, 1
Sifat fizikal
Keadaanpepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik)19.3 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur17.31 g/cm³
Takat lebur1337.33 K
(1064.18 °C, 1947.52 °F)
Takat didih3129 K

(2856 °C, 5173 °F)

Haba pelakuran12.55 kJ/mol
Haba pengewapan324 kJ/mol
Muatan haba(25 °C) 25.418 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa1101001 k10 k100 k
pada T/K164618142021228126203078
Sifat atom
Struktur hablurkubus berpusat muka
Keadaan pengoksidaan3, 1
(oksida amfoterik)
Keelektronegatifan2.54 (skala Pauling)
Tenaga pengionanpertama: 890.1 kJ/mol
kedua: 1980 kJ/mol
Jejari atom135 pm
Jejari atom (kiraan)174 pm
Jejari kovalen144 pm
Jejari Van der Waals166 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetantiada data
Rintangan elektrik(20 °C) 22.14 nΩ·m
Keberkonduktan haba(300 K) 318 W/(m·K)
Pengembangan terma(25 °C) 14.2 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus)(suhu bilik) (penarikan dalam)
2030 m/s
Modulus Young78 GPa
Modulus ricih27 GPa
Modulus pukal220 GPa
Nisbah Poisson0.44
Skala kekerasan Mohs2.5
Kekerasan Vickers216 MPa
Kekerasan Brinell2450 MPa
Nombor CAS7440-57-5
Isotop
isoNAseparuh hayatDMDE (MeV)DP
195Ausyn186.10 hariε0.227195Pt
196Ausyn6.183 hariε1.506196Pt
0.686196Hg
197Au100%Au stabil dengan 118 neutron
198Ausyn2.69517 hari1.372198Hg
199Ausyn3.169 hari0.453199Hg
Rujukan

Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa (merkuri) dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.


Emas ialah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Jumlah ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia ialah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.

Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan pengalir elektrik yang sangat bagus.


Kod mata wang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.

Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminium berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

Keadaan pengoksidaan emas yang biasa termasuk +1 dan +3.

Aplikasi

Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke-20.

Kegunaan lain:

  • Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
  • Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
  • Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
  • Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
  • Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
  • Dinatrium aurotiomalat digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
  • Isotop emas Au-198, (separuh hayat 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
  • Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron pengimbas.
  • Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)

Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Dinar Emas

Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dolar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.

Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

Pada 14 Ogos 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan Dinar dan Dirham Kelantan dan menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak sebagai mata wang syariah. Dinar tersebut dicetak mengikut World Islamic Mint (WIM), Dubai.[petikan diperlukan]

Sejarah

Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin aurum, Inggeris kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut (lihat album emas).

Circumpunct.png

Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.

Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.

Nilai

Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat ialah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong mata wang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit mata wang bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang ingin ditukarkan mereka dengan mata wang.

Untuk sekian lamanya nilai emas ditetapkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.

Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.

Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.

Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.

Ragam Kewujudan

Oleh kerana secara relatifnya, emas bersifat lengai secara kimia, emas sering kali dijumpai dalam bentuk aslinya, kadang kala dalam bentuk gumpalan besar, tetapi pada kebiasaannya dalam bentuk serpihan kecil di dalam mineral, kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas, dan biasanya bercampur dengan mineral kuartza atau pirit atau bercampur dengan telurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite. Emas diasingkan daripada aluvium melalui teknik pelombongan menggunakan dulang.

Sejak tahun 1880-an Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Negara Bebas Oranye dan Transvaal adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899 - 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.

Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis. Logam ini terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg per tan bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini, tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

Emas bukan sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai. Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk sebuah kiub berukuran 20 m (60 kaki) pada setiap sisi.

Sebatian

Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) ialah sebatian emas yang paling umum.Walaupun emas ialah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian

  • Ia melarut dalam akua regia untuk menghasilkan ion AuCl4-
  • Emas halida (F,Cl,Br,I)
  • Emas kalkogen (O, S, Se,Te)
  • Sebatian gugusan emas

Isotop

Hanya terdapat satu isotop emas yang stabil dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

Amaran keselamatan

Badan manusia tidak dapat menyerap logam ini dengan baik dan sebatian emas kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun begitu, dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan dadah yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

Nota kaki

Rujukan

Pautan luar

Bahasa lain
Acèh: Meuih
Afrikaans: Goud
Alemannisch: Gold
አማርኛ: ወርቅ
Ænglisc: Gold
العربية: ذهب
aragonés: Oro
ܐܪܡܝܐ: ܕܗܒܐ
Արեւմտահայերէն: Ոսկի
armãneashti: Malamâ
অসমীয়া: সোণ
asturianu: Oru
Avañe'ẽ: Kuarepotiju
Aymar aru: Quri
azərbaycanca: Qızıl
تۆرکجه: قیزیل
Bahasa Indonesia: Emas
বাংলা: সোনা
Banjar: Amas
Bân-lâm-gú: Kim
башҡортса: Алтын
беларуская: Золата
беларуская (тарашкевіца)‎: Золата
भोजपुरी: सोना
Bikol Central: Bulawan
Boarisch: Goid
བོད་ཡིག: གསེར།
bosanski: Zlato
brezhoneg: Aour
български: Злато
буряад: Алтан
català: Or
Cebuano: Bulawan
Чӑвашла: Ылтăн
čeština: Zlato
Chavacano de Zamboanga: Oro
corsu: Oru
Cymraeg: Aur
dansk: Guld
davvisámegiella: Golli
Deutsch: Gold
Diné bizaad: Óola
eesti: Kuld
Ελληνικά: Χρυσός
emiliàn e rumagnòl: Ôr
English: Gold
эрзянь: Сырне
español: Oro
Esperanto: Oro
estremeñu: Oru
euskara: Urre
فارسی: طلا
Fiji Hindi: Sona
føroyskt: Gull
français: Or
Frysk: Goud
furlan: Aur
Gaeilge: Ór
Gaelg: Airh
Gàidhlig: Òr
galego: Ouro
ГӀалгӀай: Дошув
贛語:
Gĩkũyũ: Gold
ગુજરાતી: સોનું
客家語/Hak-kâ-ngî: Kîm
хальмг: Алтн
한국어:
հայերեն: Ոսկի
हिन्दी: सोना
hornjoserbsce: Złoto
hrvatski: Zlato
Ido: Oro
Ilokano: Balitok
interlingua: Auro
Iñupiak: Manik kaviqsuaq
isiXhosa: Igolide
isiZulu: Igolide
íslenska: Gull
italiano: Oro
עברית: זהב
Jawa: Emas
kalaallisut: Kuulti
ಕನ್ನಡ: ಚಿನ್ನ
Kapampangan: Gintu
ქართული: ოქრო
कॉशुर / کٲشُر: سۄن
kaszëbsczi: Złoto
қазақша: Алтын
Кыргызча: Алтын
кырык мары: Шӧртньӹ
Kiswahili: Dhahabu
коми: Зарни
Kongo: Wolo
Kreyòl ayisyen:
kriyòl gwiyannen:
kurdî: Zêr
лакку: Муси
ລາວ: ທອງຄຳ
Latina: Aurum
latviešu: Zelts
Lëtzebuergesch: Gold
лезги: Къизил
lietuvių: Auksas
Ligure: Öo
Limburgs: Goud
lingála: Wólo
Livvinkarjala: Kuldu
la .lojban.: solji
lumbaart: Or
मैथिली: सोना
македонски: Злато
Malagasy: Volamena
മലയാളം: സ്വർണം
मराठी: सोने
მარგალური: ორქო
مصرى: دهب
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Gĭng
Mirandés: Ouro
мокшень: Зирня
монгол: Алт
မြန်မာဘာသာ: ရွှေ
Nederlands: Goud
नेपाली: सुन
नेपाल भाषा: लुं
日本語:
Nordfriisk: Gul
norsk: Gull
norsk nynorsk: Gull
Nouormand: Or
Novial: Ore
occitan: Aur
олык марий: Шӧртньӧ
ଓଡ଼ିଆ: ସୁନା
oʻzbekcha/ўзбекча: Oltin
ਪੰਜਾਬੀ: ਸੋਨਾ
पालि: औरियम
پنجابی: سونا
Papiamentu: Oro
پښتو: سور زر
Patois: Guol
Перем Коми: Зарни
ភាសាខ្មែរ: មាស
Piemontèis: Òr (element)
Plattdüütsch: Gold
polski: Złoto
português: Ouro
Ripoarisch: Jold
română: Aur
rumantsch: Aur
Runa Simi: Quri
русиньскый: Золото
русский: Золото
саха тыла: Көмүс
संस्कृतम्: सुवर्णम्
ᱥᱟᱱᱛᱟᱲᱤ: ᱥᱚᱱᱟ
sardu: Oro
Scots: Gowd
Seeltersk: Gould
shqip: Ari
sicilianu: Oru
Simple English: Gold
سنڌي: سون
slovenčina: Zlato
slovenščina: Zlato
словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ: Ꙁлато
Soomaaliga: Dahab
کوردی: زێڕ
Sranantongo: Gowtu
српски / srpski: Злато
srpskohrvatski / српскохрватски: Zlato
Sunda: Emas
suomi: Kulta
svenska: Guld
Tagalog: Ginto
தமிழ்: தங்கம்
татарча/tatarça: Алтын
తెలుగు: బంగారం
ไทย: ทองคำ
Tiếng Việt: Vàng
тоҷикӣ: Тило
Tsetsêhestâhese: Véhone-ma'kaata
ತುಳು: ಬಂಗಾರ್
Türkçe: Altın
українська: Золото
اردو: سونا
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: ئالتۇن
Vahcuengh: Gim
vèneto: Oro
vepsän kel’: Kuld
Volapük: Goldin
Võro: Kuld
walon: Ôr
文言: 金 (元素)
Winaray: Bulawan
吴语:
ייִדיש: גאלד
Yorùbá: Wúrà
粵語:
Zazaki: Zern
žemaitėška: Auksos
中文: