Dunia Kedua

"Tiga dunia" zaman Perang Dingin seperti yang digambarkan antara April 1975 dan Ogos 1975.

Dunia Kedua (Bahasa Inggeris: Second World) meliputi negara-negara sosialis maju (secara rasminya: Blok Timur) yang sebahagian besarnya berada di bawah pengaruh Kesatuan Soviet. Terdapat 19 buah negara komunis berikutan Perang Dunia Kedua, di mana hanya lima buah negara sosialis sahaja yang tinggal selepas kejatuhan Kesatuan Soviet: China, Korea Utara, Cuba, Laos, dan Vietnam. Istilah ini digunakan bersama-sama dengan "Dunia Pertama" dan "Dunia Ketiga" untuk membahagikan negara-negara Bumi kepada tiga kategori yang luas.

Konsep "Dunia Kedua" ini diwujudkan sewaktu Perang Dingin dan masih digunakan sebahagian besarnya untuk menggambarkan negara-negara bekas komunis yang berada antara kemiskinan dan kemakmuran, banyak daripadanya sekarang merupakan negara kapitalis. Maksud sebenar istilah "Dunia Pertama", "Dunia Kedua" dan "Dunia Ketiga" secara beransurnya berubah pentakrifannya dari berdasarkan ideologi politik kepada keadaan ekonomi.[1] Teori tiga dunia ini telah dikritik kerana bersifat mentah dan agak ketinggalan zaman kerana konsep turutan nominalnya (1; 2; 3), maka pakar sosiologi kini telah menggunakan kata-kata "maju", "membangun", dan "mundur" sebagai istilah yang lebih sesuai menggambarkan susun lapis dunia—walau bagaimanapun, teori ini masih popular digunakan dalam kesusasteraan dan media kontemporari. Hal ini mungkin juga menyebabkan kepelbagaian semantik istilah antara penggambaran entiti politik sesebuah kawasan dengan para penduduknya.[2]

  • rujukan

Rujukan

  1. ^ Margaret L. Andersen; Howard Francis Taylor (2006). Sociology: Understanding a Diverse Society. Thomson/Wadsworth. m/s. 250. ISBN 978-0-534-61716-5. 
  2. ^ Giddens, Anthony (2006). Sociology. Polity. ISBN 9780745633794. 
Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Dunia Kedua
català: Segon Món
čeština: Druhý svět
Deutsch: Zweite Welt
English: Second World
español: Segundo mundo
Esperanto: Dua mondo
فارسی: جهان دوم
français: Second monde
한국어: 제2세계
italiano: Secondo mondo
Nederlands: Tweede wereld
日本語: 第二世界
polski: Drugi Świat
português: Segundo Mundo
русский: Второй мир
slovenčina: Druhý svet
srpskohrvatski / српскохрватски: Drugi svijet
Tiếng Việt: Thế giới thứ hai
粵語: 第二世界
中文: 第二世界