Dinasti Capet

Bagi "Keturunan Capet terus", yang mana telah memerintah Perancis bermula pada tahun 987 hingga 1328, lihat Kerabat Capet.
Dinasti Capet
Héraldique blason France Gelde.svg
Armorial Capet
NegaraPerancis
Kerabat utamaDinasti Robert
Gelaran
  • Maharaja Constantinople Latin,
  • Maharaja Brazil,
  • Raja Perancis,
  • Raja Sepanyol,
  • Putera Portugal,
  • Putera Navarre,
  • Putera Dua Sicily,
  • Putera Naples,
  • Putera Sicily,
  • Putera Hungary,
  • Putera Poland,
  • Putera Albania,
  • Putera Etruria,
  • Grand Duke Luxembourg,
  • Dauphin Viennois,
  • Duke Alençon,
  • Duke Angoulème,
  • Duke Anjou,
  • Duke Aquitaine,
  • Duke Berry,
  • Duke Bourbon,
  • Duke Brabant,
  • Duke Brittany,
  • Duke Braganza,
  • Duke Burgundy,
  • Duke Calabria,
  • Duke Châtellerault,
  • Duke Durazzo,
  • Duke Enghien,
  • Duke Lorraine,
  • Duke Lucca,
  • Duke Luxembourg,
  • Duke Milan,
  • Duke Montpensier,
  • Duke Nemours,
  • Duke Normandy,
  • Duke Orléans,
  • Duke Parma,
  • Duke Slavonia,
  • Duke Touraine,
  • Duke Vendôme,
  • Prince Achaea,
  • Putera Condé,
  • Putera Conti,
  • Putera La Roche-sur-Yon,
  • Putera Taranto,
  • Putera Viana,
  • Despot Romania,
  • Margrave Namur,
  • Count Palatine dari Burgundy,
  • Count Alençon,
  • Count Angoulème,
  • Count Anjou,
  • Count Artois,
  • Count Champagne,
  • Count Charolais,
  • Count Chartres,
  • Count Clermont,
  • Count Dreux,
  • Count Étampes,
  • Count Eu,
  • Count Évreux,
  • Count Flanders,
  • Count Gravina,
  • Count Hainaut,
  • Count Holland,
  • Count La Marche,
  • Count Longueville,
  • Count Montpensier,
  • Count Mortain,
  • Count Nevers,
  • Count Perche,
  • Count Poitiers,
  • Count Portugal,
  • Count Provence,
  • Count Soissons,
  • Count Toulouse,
  • Count Valois,
  • Count Vendôme,
  • Count Vermandois,
  • Count Vertus,
  • Count Zeeland,
  • Earl Richmond,
  • Lord Courtenay
Diasaskan987
PengasasHugh Capet
Ketua terkiniDipertikaikan
Cabang kadetLihat di bawah

Dinasti Capet /, juga dikenali dengan nama Kerabat Perancis adalah sebuah dinasti keturunan orang Franks yang telah diasaskan oleh Hugh Capet. Ia antara kerabat diraja yang terbesar yang tertua di Eropah dan dunia, yang mana terdiri dari jurai anggota lelaki yang berketurunan Hugh Capet. Waris tertua memerintah Perancis sebagai dengan nama Kerabat Capet yang mana bermula dari pemilihan Hugh Capet pada tahun 987 sehingga kematian Charles IV pada tahun 1328. Ia kemudian digantikan dengan cabang-cabang kadet, iaitu Kerabat Valois dan Bourbon, yang mana memerintah sehingga Revolusi Perancis.

Dinasti ini telah memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Perancis. Awalnya, kekuasaan mereka hanya terhad sekitar tanahair orang-orang Franks, Île-de-France, tetapi kemudian raja-raja Capet perlahan-lahan mula meluaskan kuasa dan pengaruh mereka sehingga mencakupi keseluruhan kerajaan. Bagi naratif yang lebih terperinci akan perkembangan kuasa diraja Perancis, lihat Tanah Takhta Perancis.

Anggota-anggota dinasti ini secara tradisinya merupakan penganut Katolik Kristian. Hampir kesemua anggota Capet bersekutu dengan Gereja. Orang-orang Perancis juga merupakan peserta perang-perang Salib yang paling aktif, yang mana menghasilkan satu siri raja-raja Salib seramai lima orang iaitu – Louis VII, Philip Augustus, Louis VIII, Saint Louis, dan Philip III. Persekutuan dinasti Capet dengan paus mengalami pukulan hebat selepas malapetaka dalam Perang Salib Aragon. Anak lelaki dan penganti bagi Philip III, Philip IV, telah memalukan seorang paus dan meletakkan paus di bawah kawalan Perancis. Dinasti Valois yang kemudiannya, bermula dengan Francis I, tidak mengendahkan perbezaan agama dan bersekutu dengan Sultan Uthmaniyyah untuk melawan perluasan kuasa Empayar Suci Rom. Henry IV adalah seorang Protestant semasa ditabalkan, tetapi sedar akan keperluan untuk menukar mazhab beliau selepas empat tahun berlakunya perang keagamaan.

Para anggota keluarga Capet umumnya menikmati hubungan kekeluargaan yang harmoni. Mengikut tradisi, anak-anak lelaki dan adik beradik lelaki kepada Raja Perancis akan diberikan wilayah untuk mengekalkan pangkat mereka dan menjauhkan mereka daripada menuntut takhta kerajaan Perancis. apabila cabang-cabang kadet Capet ingin menjadi raja, cita-cita mereka bukan ditumpukan pada takhta Perancis tetapi takhta-takhta kerajaan beraja asing. Dengan ini, anggota dinasti Capet merebak dengan luas di seluruh Eropah.

Pada zaman moden, kedua-dua Raja Felipe VI dari Sepanyol dan Grand Duke Henri dari Luxembourg adalah anggota dalam kerabat ini, yang mana berasal dari jurai keturunan dinasti dinasti Bourbon. Bersama-sama dengan Kerabat Habsburg, ia menjadi salah satu daripada dua buah keluarga diraja yang paling berpengaruh di Eropah, menguasai politik Eropah untuk selama lima kurun

Bahasa lain
العربية: كابيتيون
Bahasa Indonesia: Wangsa Kapetia
български: Капетинги
čeština: Kapetovci
Deutsch: Kapetinger
eesti: Kapetingid
Esperanto: Kapetidoj
euskara: Kapeto etxea
فارسی: کاپتی‌ها
français: Capétiens
한국어: 카페 왕조
հայերեն: Կապետինգներ
hrvatski: Dinastija Capet
íslenska: Kapetingar
italiano: Capetingi
עברית: בית קאפה
ქართული: კაპეტინგები
Lëtzebuergesch: Kapetinger
lietuvių: Kapetingai
Nederlands: Huis Capet
日本語: カペー朝
Nouormand: Capétiens
polski: Kapetyngowie
português: Dinastia capetiana
русский: Капетинги
sicilianu: Capitinci
Simple English: Capetian dynasty
slovenčina: Kapetovci
slovenščina: Kapetingi
srpskohrvatski / српскохрватски: Dinastija Capet
suomi: Kapetingit
svenska: Capetinger
Tiếng Việt: Nhà Kapetinger
українська: Капетинги
吴语: 卡佩王朝
中文: 卡佩王朝