Digimon Frontier

Digimon Frontier
Digimon Frontier.jpg
Genre Aksi, Pengembaraan, Komedi, Shonen, Super Sentai
Anime
Pengarah Yukio Kaizawa
Studio Toei Animation
Penyiaran Asal Jepun Fuji TV, Malaysia ntv7
Lain-lain Penyiaran Amerika Syarikat UPN(2002-2003), ABC Family(2003-2006), Toon Disney(2004-kini)
Kanada YTV
Brazil Jetix (Brazil), Fox Kids (Brazil), Rede Globo
Indonesia Indosiar
Chile Chilevision
Filipina Cartoon Network (Philippines)
Jerman RTL II
Taiwan STAR Chinese Channel
Republik Dominika Fox Kids
Portugal SIC, Canal Panda (pada 2007)
Bosnia dan Herzegovina Televizija OBN
Thailand Modern Nine TV Mac 2004-Sep 2004
Dikeluarkan pada 7 April 2002 30 Mac 2003
Anime
Island of Lost Digimon
Studio Toei Animation
Dikeluarkan pada 20 Julai 2002
Related works
Portal Anime dan Manga

Digimon Frontier (デジモンフロンティア Dejimon Furontia ?) ialah siri anime keempat yang menggunakan francais Digimon. Ia bersiaran di Fuji TV dari 7 April 2002 hingga 30 Mac 2003. Ia mengandungi 50 episod kesemuanya.

Selepas Digimon Frontier berakhir, siri Digimon akan berehat selama tiga tahun untuk memberi laluan kepada anime Konjiki no Gash Bell (Zatch Bell) dari tahun 2003 hingga 2006. Selepas itu siri Digimon kembali ke kaca TV menerusi Fuji TV dengan nama Digimon Savers.

Ringkasan cerita

Dunia Digital dalam bahaya. Sebuah dunia ditadbir oleh 3 Dewa Digimon. Tetapi salah seorang daripada mereka, Cherubimon telah membantah. Sebahagian Dunia Digital telah dimusnahkan, dan ia mula hancur. 10 pahlawan legenda, yang pada zaman purba telah menyelamatkan Dunia Digital sebagai pertukaran untuk hidup mereka sendiri, tidak lagi wujud. Dalam masa yang paling berbahaya, roh-roh pahlawan legenda mempamerkan kuasa baru kepada penduduk dunia yang berbeza iaitu Dunia Sebenar. Sekumpulan kanak-kanak manusia memasuki Dunia Digital dan mereka sendiri menjadi Digimon, ia satu perjalanan pertempuran dan pengembaraan.