Darwinisme

Rencana ini ialah mengenai konsep yang dipanggil Darwinisme. Untuk evolusi biologi, sila lihat evolusi. Untuk teori evolusi moden, sila lihat sintesis evolusi moden.
Charles Darwin pada 1868.

Darwinisme ialah satu teori evolusi biologi yang dikembangkan oleh Charles Darwin dan lain-lain, menyatakan bahawa semua spesies organisme bangkit dan berkembang melalui pemlihan semula jadi bagi variasi kecil yang terwaris yang meningkatkan kebolehan individu untuk bersaing, mandiri, dan membiak. Juga dipanggil teori Darwin, teori ini pada asalnya menyertakan konsep luas bagi transmutasi spesies atau bagi evolusi yang memperolehan penerimaan sains umum apabila Charles Robert Darwin menerbitkan Asal Usul Spesies, termasuk konsep yang wujud sebelum teori-teori Darwin, tetapi kemudiannya merujuk konsep spesifik pemilihan semula jadi, sawar Weismann atau dalam genetik, dogma memusat biologi molekul.[1] Sungguhpun ini biasanya hanya merujuk evolusi biologi, istilah ini telah digunakan oleh kreasionis untuk merujuk asal usul hidupan, dan juga telah digunakan untuk konsep evolusi kosmos, kedua-duanya tidak mempunyai sambungan dengan kerja Darwin. Maka ini dianggap seabgai kepercayaan dan penerimaan kerja milik Darwin, dan pendahulu-pendahulunya, di tempat teori-teori lain termasuk rekaan ketuhanan dan asal usul makhluk luar bumi.[2][3]

Erti "Darwinisme" telah berubah sepanjang masa, dan berubah-ubah bergantung pada konteksnya.[4] Di Amerika Syarikat, istilah "Darwinism" kerap digunakan oleh kreasionis sebagai istilah pejoratif dalam rujukan kepada kepercayaan seperti naturalisme ateistik, tetapi di United Kingdom, istilah ini tidak mempunyai konotasi negatif, bebas digunakan sebagai trengkas untuk badan teori yang berkenaan dengan evolusi, dan terutamanya, evolusi dengan pemilihan semula jadi.[5]

Istilah ini dicipta oleh Thomas Henry Huxley pada April 1860,[6] dan digunakan untuk memerihalkan konsep evolusi pada am, termasuk konsep-konsep awal seperti Spencerisme. Ramai penyokong Darwinisme pada masa itu, termasuk Huxley, mempunyai keraguan tentang keertian pemilihan semula jadi, dan Darwn sendiri memberikan kepercayaan kepada yang kemudian dipanggil Lamarckisme. Neo-Darwinisme yang sebenarnya daripada August Weismann memperoleh beberapa orang penyokong pada hujung abad ke-19. Semasa tempoh ini, yang telah dipanggil "gerhana Darwinisme", ahli sains mencadangkan beberapa mekanisme evolusi alternatif yang kemudiannya dibuktikan tidak boleh dipertahankan. Perkembangan sintesis evolusi moden dari 1930-an hingga 1950-an, menggabungkan pemilihan semula jadi dengan genetik populasi dan genetik Mendel, menghidupkan Darwinisme semula dalam bentuk terkemas kini.[7]

Sementara istilah ini telah kekal digunakan dalam kalangan pengarang sains apabila merujuk teori evolusi moden, ini semakin dihujahkan bahawa Darwinisme ialah istilah tidak sesuai untuk teori evolusi moden.[5][8] Contohnya, Darwin tidak terbiasa dengan kerja Gregor Mendel,[9] dan lalu hanya kabur dan mempunyai kefahaman tidak tepat bagi keturunan. Beliau begitu sahaja tidak mempunyai bayangan bagi perkembangan lebih terkini dan, seperti diri Mendel, tidak mengetahui hanyutan genetik sebagai contoh.[10]

Bahasa lain
Afrikaans: Darwinisme
العربية: داروينية
aragonés: Darwinismo
asturianu: Darvinismu
azərbaycanca: Darvinizm
Bahasa Indonesia: Darwinisme
български: Дарвинизъм
català: Darwinisme
čeština: Darwinismus
dansk: Darwinisme
Deutsch: Darwinismus
eesti: Darvinism
Ελληνικά: Δαρβινισμός
English: Darwinism
español: Darwinismo
Esperanto: Darvinismo
euskara: Darwinismo
فارسی: داروینیسم
français: Darwinisme
galego: Darwinismo
հայերեն: Դարվինիզմ
हिन्दी: डार्विनवाद
hrvatski: Darvinizam
ქართული: დარვინიზმი
қазақша: Дарвинизм
Кыргызча: Дарвинизм
Latina: Darwinismus
lietuvių: Darvinizmas
magyar: Darwinizmus
македонски: Дарвинизам
Nederlands: Darwinisme
norsk: Darwinisme
oʻzbekcha/ўзбекча: Darvinizm
polski: Darwinizm
português: Darwinismo
русский: Дарвинизм
संस्कृतम्: जीवविकासवादः
Scots: Darwinism
Simple English: Darwinism
slovenčina: Darvinizmus
slovenščina: Darvinizem
српски / srpski: Дарвинизам
suomi: Darvinismi
svenska: Darwinism
Tiếng Việt: Học thuyết Darwin
тоҷикӣ: Дарвинизм
Türkçe: Darwinizm
українська: Дарвінізм
اردو: ڈارونیت