Chelidae

Chelidae
Julat zaman: Albian–Kini
Chelus fimbriatus 2005.jpg
Chelus fimbriatus
Pengelasan saintifik s
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Suborder:Pleurodira
Keluarga:Chelidae
Gray, 1831[1]
Templat:Children rank

Lihat Teks

Chelidae adalah salah satu daripada tiga keluarga kura-kura dari suborder Pleurodira. Mereka dikenali sebagai kura-kura leher sisi Austro-Amerika Selatan,[2] kerana kesemua kura-kura ini mendiami kebanyakan kawasan hemisfera selatan bumi merangkumi Australia, New Guinea, sebahagian Indonesia, dan sepanjang benua Amerika Selatan. Semua kura-kura ini berasal dari zaman Cretaceous dan mendiami benua Gondwana pada masa dahulu.[3]

Ciri-ciri

Berbeza dengan kura-kura dari suborder kriptodira, Kura-kura ini dikenali sebagai pleurodira kerana membengkokkan kepalanya ke sisi. Mereka ialah hidupan akuatik, mempunyai kaki berselaput renang dan boleh berada di dalam air dalam jangka masa yang lama. Kura-kura berleher ular, (genus Chelus, Chelodina, dan Hydromedusa) bergantung diet kepada hidupan seperti ikan, invertebrata, dan gastropoda. Manakala selainnya, yang berleher pendek lebih bersifat maun, iaitu menjadikan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sebagai makanan.

Sesetengah spesies seperti Elseya dan Rheodytes yang bersifat akuatik sepenuhnya mempunyai kebolehan respirasi kloaka.[4] Bagaimanapun, sesetengah spesies, seperti Kura-kura Leher Ular (Chelodina longicollis) dari Australia menghabiskan kebanyakan masa di atas darat berbanding di dalam air.

Ahli dari keluarga Chelidae mempunyai saiz yang berbeza-beza. Kura-kura Sungai Murray (Emydura macquarii) mempunyai saiz yang agak kecil, iaitu 16cm,[5] Kura-kura Leher Putar (Platemys platycephala) pula bersaiz sekitar 18cm dan Kura-kura Paya Barat (Pseudemydura umbrina) hanya 15cm. Manakala spesies yang lebih besar seperti Mata mata (Chelus fimbriata) dan Kura-kura Sentap Leher Putih ( Elseya albagula) kedua-duanya boleh mencecah sehingga melebihi 45cm panjang.[6]

Bahasa lain
беларуская (тарашкевіца)‎: Зьмеяшыйныя чарапахі
català: Quèlid
Cebuano: Chelidae
English: Chelidae
español: Chelidae
euskara: Chelidae
français: Chelidae
galego: Chelidae
한국어: 뱀목거북과
italiano: Chelidae
português: Chelidae
română: Chelidae
Tiếng Việt: Chelidae
Winaray: Chelidae
中文: 蛇頸龜科