Cangkerang kura-kura

Skuta (kiri) dan komponen rangka (kanan) bagi karapas seekor kura-kura.Skuta (kiri) dan komponen rangka (kanan) bagi karapas seekor kura-kura.
Skuta (kiri) dan komponen rangka (kanan) bagi karapas seekor kura-kura.
Skuta (kiri) dan komponen rangka (kanan) bagi plastron seekor kura-kura Pleurodira yang mempunyai lebihan skuta disebut intergular. Ciri ini tidak ada pada Kriptodira.
Rangka kura-kura yang diawet menunjukkan bagaimana karapasnya saling bercantum dengan keseluruhan tulang yang lain.

Cangkerang kura-kura adalah organ perlindungan kompleks yang ada pada ventral (depan) dan dorsal (belakang) seekor kura-kura, tuntung, penyu dan labi-labi. Ia menutup keseluruhan organ-organ penting kura-kura, atau kepalanya bagi sesetengah kes.[1] Ia terbina daripada komponen tulang seperti rusuk, sebahagian pelvis dan tulang-tulang lain yang terdapat pada kebanyakan reptilia. Tulang cangkerangnya terdiri daripada kedua-dua rangka dan tulang dermal, yang menunjukkan the complete enclosure of the shell probably berevolusi dengan memasukan perisai dermal ke dalam tulang rusuk.

Cangkerang kura-kura menjadi kajian penting bukan sahaja sebagai mekanisme perlindungan, malah menjadi alat pengenalan fosil kerana ia adalah bahagian kura-kura yang sering menjadi tinggalan semasa ia mengalami fosilisasi. Oleh itu, pemahaman tentang struktur cangkerang pada spesies yang hidup dapat memberi perbandingan dengan haiwan yang sudah menjadi fosil.

Cangkerang Penyu Karah berbanding spesies lain, sering digunakan sebagai material perhiasan kerana keantikannya.

Tatanama Cangkerang

Bahagian dalaman hadapan karapas Elseya dentata. Pe = Peripheral, P1 = Pleural 1, BCS = Bridge Carapace Suture (Sambungan Sutur Karapas).

Cangkerang kura-kura terbina daripada pelbagai tulang seperti vertebrata lain, dan beberapa siri skuta berkeratin yang mempunyai nama tersendiri. Sesetengah tulang yang menjadi tulang cangkerang belakang, karapas, berevolusi daripada skapula rami klavikel bersama dorsal dan perpindahan kecil clecthra.[2] Bahagian ventral digelar plastron.[3][4] Bahagian ini saling bersambungan. Sutur sebenar antara sambungan dan plastron dipanggil topang sambungan hadapan (anterior bridge strut). Bagi Pleurodira bahagian pelvis juga bercantum menjadi sebahagian daripada karapas. Tidak seperti Kriptodira yang mana pelvisnya tergantung.[3][4] Topang sambungan hadapan (anterior bridge strut) dan topang sambungan belakang adalah sebahagian daripada plastron, pada bahagian karapasnya terdapat sutur yang digelarkan sebagai sutur sambungan karapas (bridge carapace suture).

Setiap tulang pada cangkerang dinamakan mengikut elemen vertebrata tertentu. Karapasnya terbina dari 8 pleural pada setiap sisi, dan ini adalah gabungan tulang rusuk dan tulang dermal. Dibahagian luar, depan cangkerang adalah tulang nuchal tunggal, iaitu 11 barisan pasangan periferal yang memanjang di sepanjang kedua-dua sisi. Manakala di bahagian belakang cangkerang terdapat tulang pigal dan di hadapan pleural kelapannya terletak suprapigal.[3]

Transverse sections through the first neural of Aspideretes hurum menunjukkan bahagian sutur di antara tulang neural luas (N) dan lengkungan vertebral neural (V). B. Chelodina longicollis pada pleural IV menunjukkan garisan halus tengah tulang neural, pleural lateral (P) dan terletak di bawahnya lengkungan vertebral neural dan C. Emydura subglobosa pada pleural IV menunjukkan lokasi asas tulang neural yang berada di bawah sambungan pleural.

Di antara setiap pleural terdapat beberapa siri tulang neural,[5] yang wujud walaupun tidak selalunya kelihatan,[6] dalam kebanyakan spesies Pleurodira dan ia tenggelam di bawah pleural.[7] Di sebalik tulang neural terdapat lengkungan neural yang membentuk separuh daripada penyarung saraf tunjang. Di bawahnya adalah keseluruhan turus vertebra.[4] Sesetengah kura-kura mempunyai lebihan tulang yang dipanggil mesoplastra, yang terletak di antara karapas dan plastron pada bahagian penyambung. Ia terdapat pada kebanyakan kura-kura Pelomedusida.[8]

Rangka pada plastron kebanyakannya berpasangan. Di bahagian hadapan, terdapat dua epiplastra, diikuti oleh hidoplastra di belakangnya. Ia menutup entoplastron tunggal dan menjadikan bahagian depan plastron mengandungi topang sambungan hadapan. Bahagian belakang terbina daripada dua hipoplastra (mengandungi topang sambungan belakang) dan belakang sekali terletaknya sepasang xiphiplastra.[4][9]

Di sebalik tulangnya terdapat beberapa barisan skuta, yang terbentuk daripada keratin sepertimana tanduk atau tisu kuku. Di tengah-tengah karapas (tempurung) terdapat 5 skuta vertebral dan 4 daripadanya adalah skuta kostal. Di sekeliling hujungnya pula adalah 12 pasang skuta marginal. Kesemua skuta ini bercantum supaya bahagian sutur antara tulang berada ditengah-tengah skuta atas. Manakala bahagian hadapan tempurungnya terdapat skuta servikal dan kadangkala disalah sangka sebagai skuta nuchal). Bagaimanapun, jumlah skuta-skuta ini tidak tetap walaupun dalam spesies yang sama.[4][8]

Pada bahagian plastron terdapat dua skuta gular di hadapan, diikuti oleh sepasang pektoral, kemudian abdominal, femoral dan akhir sekali anal. Pelbagai variasi skuta intergular pada hadapan gular kura-kura Pleurodira menjadikan mereka mempunyai 13 skuta plastral, berbanding hanya 12 pada semua kura-kura Kriptodira.[4][8]

Bahasa lain
English: Turtle shell
italiano: Scuto
日本語: 亀甲
中文: 龜甲