Bintang Marsyal

Marsyal Kesatuan Soviet Dmitry Yazov memakai bintang marsyal besar diatas tali lehernya

Bintang Marsyal (Bahasa Rusia: маршальская звезда) adalah satu lencana pangkat tambahan yang dipakai oleh para marsyal angkatan tentera Kesatuan Soviet, dan kemudiannya Persekutuan Rusia. Angkatan tentera bekas Soviet Union dan Persekutuan Rusia mempunyai dua insignia tersebut untuk pangkat tentera yang lebih tinggi, kedua-duanya dalam bentuk bintang emas pecah lima dan platinum bertakhta batu berlian. Ia dipakai pada tali leher pakaian istiadat (asalnya dibawah kolar pakaian seragam istiadat, semenjak tahun 1955 pada atas tali leher). Terdapat dua saiz bintang yang berbeza. Secara rasmi namanya telah berubah, bergantung pada jenis pangkat apa yang diterima serta hak untuk memakainya, dan dikenali sebagai bintang marsyal besar dan bintang marsyal kecil.

Bintang marsyal sepadan dengan penggunaan baton marsyal Barat. Pada hari kematian penerima, anugerah tersebut dipulangkan kepada tabung berlian untuk digunakan semula.[1]

Pada tahun 2013, satu insignia baru telah dizahirkan untuk jeneral ketumbukan, laksamana armada, jeneral ketumbukan udara, dan disamping itu, pangkat-pangkat ini sekarang layak menerima bintang marsyal dengan reka bentuk baru—sekarang berbentuk cross.