Bilad al-Syam

Bilad al-Sham

abad ke-10
 


Bendera

Ibu negaraDamsyik
BahasaBahasa Arab, Bahasa Aramia, Bahasa Yunani
AgamaIslam, Kristian, Agama Yahudi, Agama Samaria
KerajaanKekahlifahan
Sejarah
 • Pertempuran YarmukEnter start year
 • Pengembangan Khilafah Fatimiyyahabad ke-10
Warning: Value specified for "continent" does not comply

Bilad al-Sham (Bahasa Arab بلاد الشام, "negeri Syam") ialah wilayah kekhalifahan al-Rasyidin, Umayyah dan kemudiannya Abbasiyyah. Wilayah ini menggabungkan beberapa bekas wilayah Byzantine bernama Kawasan Uskup Timur, dan ditubuhkan sejenak selepas penaklukan Syria oleh orang Islam pada pertengahan abad ketujuh yang tamat pada Pertempuran Yarmuk.

Pada waktu penaklukan oleh tentera Rasyidin, wilayah ini diduduki oleh kebanyakannya petani Kristian mazhab Monophysite (pengikut syariat Nabi Yaakub) yang bertutur dalam Bahasa Aramia (seperti orang Mardah dan Malaki Byzantine), Arab Ghassan (Arab: الغساسنة‎ al-Ghasasinah) dan Nabatea (Arab:الأنباط‎ al-Anbat), dan juga kaum minoriti seperti orang Samaria, Yahudi dan Iturea. Identiti penduduk wilayah ini tidak bertukar menjadi Muslim dan Arab sehingga beberapa abad selepas wilayah ini ditakluk.

Pada zaman Umayyah, Syam dibahagikan kepada lima jund atau daerah tentera: Jund Dimashq, Jund Hims, Jund Filastin dan Jund al-Urdunn. Kemudian, Jund Qinnasrin ditubuhkan sebagai sebahagian Jund Hims. Bandar Damsyik merupakan ibu negara kekhalifahan Islam sehingga kemunculan Kekhalifahan Abbasiyyah.

Khilafah Fatimiyyah menakluk beberapa bahagian wilayah ini daripada Abbasiyyah sepanjang kurun kesepuluh. Wilayah terus kekal dalam berbagai bentuk sehinggalah serangan Empayar Seljuq dan Perang Salib abad ke-11.

Etimologi

Dari segi etiologi istilah ini bermaksud "tanah di tangan kiri" merujuk kepada hakikat bahawa bagi seseorang di Hijaz yang memandang ke arah timur, arah Utara terletak di kirinya (justeru sepadannya, nama Yaman, bermaksud "tanah di tangan kanan"). orth is to the left (so the name Yemen correspondingly means "land of the right hand"). Syam tiada kaitan dengan Sam (bahasa Arab: سام‎), anak Nabi Nuh.

== Maksud geografi dan politik == Bilad al-Sham (juga ditransliterasi sebagai Bilad-ush-Sham, Cham di bawah pengaruh Perancis, dll) boleh digunakan sebagai nama am untuk merujuk kepada keseluruhan Levant atau Syria Raya. == Arti geografis dan politik == Bilad al-Sham (juga ditransliterasikan sebagai  Bilad-ush-Sham ,  Cham 'di bawah pengaruh Perancis, dll.) Dapat digunakan sebagai nama umum untuk merujuk ke keseluruhan Levant  atau Syria. Wilayah ini juda kadang kalanya ditakrifkan sebagai wilayah yang dikuasai Damsyik. Wilayah juda ini kadang-kadang didefinisikan sebagai wilayah yang dikuasai 
Damaskus. Malah perkataan al-Syam dalam bahasa Arab merujuk kepada Damsyik. Bahkan kata  al-Syam  dalam bahasa Arab mengacu pada Damaskus.
Bahasa lain
Bahasa Indonesia: Bilad asy-Syam
Cymraeg: Bilad al-Sham
English: Bilad al-Sham
español: País de Sham
français: Bilad el-Cham
Kiswahili: Shamu
norsk nynorsk: Bilad al-Sham
Türkçe: Bilad'üş-Şam
中文: 沙姆地区