Beruang Madu

Beruang Madu
Sitting sun bear.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Keluarga: Ursidae
Genus: Ursus
Horsfield 1825
Spesies: U. malayanus
Nama binomial
Ursus (formerly Helarctos) malayanus
( Raffles, 1821)
Sun Bear area.png
Sun bear range
(perang - masih ada, hitam - terdahulu, kelabu gelap - kehadiran tidak dapat dipasti)
Sinonim

Heliarctus Tilesius, 1850 (unjustified emendation)


Ursus malayanus Raffles, 1821
Helarctos euryspilus Horsfield, 1825
Helarctos malayanus Horsfield, 1825
Helarctos anmamiticus Heude, 1901

Beruang madu (Ursus malayanus), merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Semenanjung Malaysia, dan pulau Sumatra dan Borneo. [2] Nama saintifiknya adalah Ursus (sebelum ini Helarctos) malayanus. [3]

Gambaran

Fail:Sunbearskull.jpg
Tengkorak beruang madu

Beruang madu adalah sepanjang 120-150 cm (47-60 in), menjadikannya ahli terkecil dalam keluarga (Ursidae) beruang. [4] Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina; [5] jantan biasanya seberat antara 30 dan 70 kg (66-154 lb), dan betina antara 20 dan 40 kg (44-88 lb). [6] Ketinggian bahu adalah sekitar 60-72 cm (24-28 in). [7] Beruang madu memiliki cakar berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu memanjat. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang madu berjalan seperti merpati, tetapi merupakan pemanjat yang baik. Ia memiliki telinga bulat, kecil dan hidung yang sasa. Ekornya adalah sepanjang 1.2-2.8 inci (3-7 cm). [5] Sungguhpun bersaiz kecil, beruang madu memiliki lidah yang halus dan amat panjang, antara 8 hingga 10 inci (20-25 cm) panjang. Berung ini menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah. [8]

Tidak seperti beruang lain, bulu beruang madu adalah pendek dan licin. Adaptasi ini kemungkinannya disebabkan cuaca tanah rendah yang didiaminya. Bulu hitam gelap atau perang-hitam menyelitupi keseluruhan badannya, kecuali di dada, di mana terdapat tanda kuning bata pucat dalam bentuk bulan sabit. Bulu dengan warna yang sama juga terdapat di sekeliling muncung dan matanya. Tanda menonjol ini lah yang memberikan nama Inggerisnya.

Bahasa lain
العربية: دب الشمس
Bahasa Indonesia: Beruang madu
Bân-lâm-gú: Má-lâi-hîm
Basa Sunda: Ontohod
brezhoneg: Arzh Malaysia
български: Малайска мечка
català: Ós malai
Deutsch: Malaienbär
Diné bizaad: Shash yázhí
dolnoserbski: Malayziski mjadwjeź
English: Sun bear
Esperanto: Malaja urso
فارسی: خرس آفتاب
français: Ours malais
Gaeilge: Béar gréine
한국어: 말레이곰
hornjoserbsce: Malajiski mjedwjedź
hrvatski: Sunčev medvjed
interlingua: Helarctos malayanus
עברית: דוב מלאי
қазақша: Малай аюы
kernowek: Arth mel
latviešu: Saules lācis
lietuvių: Malajinis lokys
magyar: Maláj medve
македонски: Малајска мечка
မြန်မာဘာသာ: ပသျှူးဝက်ဝံ
Nederlands: Maleise beer
日本語: マレーグマ
پنجابی: ماکھیو رچھ
română: Ursul malaez
Simple English: Sun Bear
slovenščina: Sončni medved
српски / srpski: Сунчани медвед
srpskohrvatski / српскохрватски: Sunčev medvjed
svenska: Malajbjörn
Tiếng Việt: Gấu chó
Türkçe: Malaya ayısı
ئۇيغۇرچە / Uyghurche: مالاي ئېيىقى
粵語: 馬來熊
中文: 马来熊