Bani Aghlab

Dinasti Aghlabid
Banū al-Aghlab (بنو الأغلب)
Emiriah separa-merdeka, dinaungi atau tunduk kepada Abbasiyyah, tetapi de facto merdeka sejak tahun 801.[1][2][3]

800–909
Ibu negaraKairouan
BahasaBarbar, Arab, Latin Afrika
AgamaSunni Islam (Maliki)
Struktur politikEmiriah separa-merdeka, dinaungi atau tunduk kepada Abbasiyyah, tetapi de facto merdeka sejak tahun 801.[1][2][3]
President
 • 800–812Ibrahim I ibn al-Aghlab ibn Salim
 • 903–909Abu Mudhar Ziyadat Allah III ibn Abdallah
Sejarah
 • Diasaskan800
 • Dijatuhkan oleh Fatimiyyah909
 • Dibubarkan909
Mata wangDinar Aghlabid[4]
Hari ini sebahagian daripada Algeria
 Tunisia
 Libya
 Malta
 Italy
Warning: Value specified for "continent" does not comply
Dinasti Aghlabiyah semasa kemuncaknya
Takungan air Aghlabiyah di Kairouan
Dinar emas semasa era Ibrahim I ibn al-Aghlab (184-196 AH), tanpa nama (tetapi moto dinasti 'Ghalab' tertera di belakangnya), tiada nama pengeluar (kemungkinan Kairouan, Ifriqiya). Dikeluarkan pada 192 AH (807/808 AD). Dipulihara di fr (Musée national d'art islamique de Raqqada).

Aghlabid (Bahasa Arab: الأغالبة‎) merupakan sebuah dinasti para emir berkuturan Arab[5] daripada Bani Tamim, yang memerintah Ifriqiya, bagi pihak khalifah Abbasiyyah kira-kira satu abad, sehingga dijatuhkan oleh khilafah Fatimiyyah.

Sejarah

Pada tahun 800, Khalifah Abbasiyah Harun al-Rashid telah melantik Ibrahim I ibn al-Aghlab sebagai Emir Ifriqiya yang akan diwarisi turun-temurun sebagai jawapan kepada keadaan huru-hara yang telah berleluasa di wilayah tersebut berikutan jatuhnya Muhallabiyah. Dia dikehendaki mengawal satu kawasan yang merangkumi timur Algeria, Tunisia dan Tripolitania. Walaupun hanya bebas dan berkuasa pada nama, dinastinya masih lagi mengiktiraf ketuanan Abbasiyah.

Ibukota yang baru, al-Abbasiyyah, diasaskan di luar Kairouan, untuk melepaskan diri daripada penentangan fuqaha dan ulama Maliki yang mengecam apa yang dilihat mereka sebagai kehidupan tidak bertuhan Aghlabiyah, dan tidak menyukai layanan berat sebelah terhadap orang Islam Barbar. Sebagai tambahan, benteng-benteng pertahanan perbatasan ( Ribat) dibina di Sousse dan Monastir.

Semasa zaman pemerintahan Ziyadat Allah I (817-838), krisis pemberontakan pasukan tentera Arab meletus pada tahun 824 yang tidak dapat dipatahkan sehinggalah tahun 836 dengan bantuan orang Barbar. Penaklukan Sicily daripada Byzantine sejak tahun 827 diketuai oleh Asad ibn al-Furat adalah satu cubaan untuk mengawal pasukan tentera sukar dikawal itu - ia hanya dapat dicapai secara perlahan dan hanya pada tahun 902 kota kara Byzantine terakhir dapat ditawan. Serbuan ke dalam tanah besar Itali berlaku sehingga kurun ke-10. Secara beransur-ansur Aghlabiyah kehilangan kuasa kawalan ke atas tentera Arab di Sicily dan satu dinasti baru, Kalbiyah muncul di sana.

Kerajaan Aghlabiyah mencapai puncaknya semasa zaman pemerintahan Ahmad ibn Muhammad (856-863). Ifriqiya menjadi satu kuasa ekonomi yang ketara berkat kesuburan tanah pertaniannya dengan dibantu oleh perluasan sistem pengairan Rom. Ia menjadi tumpuan perdagangan antara dunia Islam dan Byzantine dan Itali, terutamanya perdagangan hamba abdi yang menguntungkan. Kairawan menjadi pusat pengajian yang paling penting di Maghrib, terutamanya dalam bidang ilmu kalam dan fikah, dan menjadi tempat pertemuan bagi para penyair.

Kejatuhan dinasti tersebut bermula semasa zaman pemerintahan Ibrahim II ibn Ahmad (875-902). Penguasaan ke Calabria jatuh ke tangan Byzantium, satu serangan oleh Tuluniyah Mesir telah dipatahkan dan satu pemberontakan orang Barbar telah ditumpaskan dengan banyak nyawa yang melayang. Sebagai tambahan, pada tahun 893 wujud pergerakan Syiah Fatimiyah di kalangan orang Barbar Kutama melalui misi Ubayd Allah Said yang membawa kepada penggulingan Aghlabiyah pada tahun 909.

Bahasa lain
العربية: أغالبة
aragonés: Aglabí
تۆرکجه: اغلبی‌لر
Bahasa Indonesia: Aghlabiyyah
български: Аглабиди
català: Aglàbida
Deutsch: Aghlabiden
Ελληνικά: Αγλαβίδες
English: Aghlabids
español: Aglabí
Esperanto: Aglabidoj
فارسی: اغلبیان
français: Aghlabides
italiano: Aghlabidi
עברית: אע'לבים
ქართული: აღლაბიდები
lietuvių: Aglabidai
magyar: Aglabidák
Nederlands: Aghlabiden
日本語: アグラブ朝
پنجابی: اغالبہ
polski: Aghlabidzi
português: Emirado Aglábida
română: Aghlabizi
русский: Аглабиды
Scots: Aghlabids
sicilianu: Aglabbiti
slovenščina: Aglabidi
српски / srpski: Аглабиди
srpskohrvatski / српскохрватски: Aglabidi
suomi: Aghlabidit
svenska: Aghlabider
Türkçe: Aglebiler
українська: Аглабіди
اردو: اغالبہ