Bagel

Bagel
Bagel-Plain-Alt.jpg
Bagel biasa yang dihasilkan secara komersil
Nama alternatif Bajgiel, beigel, beygl
Jenis Roti
Tempat asal Poland
Kawasan Eropah Tengah dan Timur, Amerika Utara, Israel
Bahan utama Tepung gandum
Cookbook: Bagel di Wikibuku  Media berkenaan Media: Bagel di Wikimedia Commons

Bagel ( Bahasa Yiddish: בײגל beygl; Bahasa Poland: bajgiel), atau juga beigel, [1] ialah sejenis  roti yang berasal dari makanan masyarakat Yahudi Poland. Roti ini dihasilkan dengan membentuk doh  gandum ber yis dengan tangan menjadi bentuk cincin sebesar tangan yang kemudiannya di rebus dalam masa yang singkat dan seterusnya  dibakar. Hasilnya adalah padat, kenyal, pucat dalaman dengan perang dan kadang-kadang segar luar. Bagel sering dihiaskan biji-biji yang ditabur di luar kerak seperti popi, bunga matahari atau bijan; bahkan sesetengah resipi bagel mungkin juga akan ditaburkan garam di atas permukaannya. Terdapat juga pelbagai jenis doh yang digunakan seperti daripada gandum atau rai. [2] [3]

Bagel kini menjadi makanan jenis roti yang popular di Amerika Utara terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai  komuniti Yahudi yang besar, dengan cara-cara mereka yang tersendiri membuat roti tersebut. Ia boleh didapati segar atau beku dalam pelbagai rasa di banyak pasar raya utama dalam negara-negara benua tersebut.

Latar belakang

Pada abad ke-16 dan pertengahan abad ke-17 yang pertama, bajgiel menjadi antara masakan utama orang Poland [4] dan pokok Slavic diet umumnya. [5] Namanya berasal daripada perkataan bahasa Yiddish beygal berdasarkan akar bahasa Jerman dialek beugel yang bermaksud "cincin" atau "gelang". [6]

Bagel telah dibawa ke Amerika Syarikat oleh imigran Yahudi Poland di mana perniagaan mereka berkembang dengan baiknya di  Bandar Raya New York, antaranya melalui sebuah perusahaan bernama oleh Bagel Bakers Local 338 yang memegang kontrak membekalkan bagel buatan tangan mereka kepada hampir semua kedai-kedai roti di kota itu.

Bahasa lain
Afrikaans: Bagel
Alemannisch: Bagel
Ænglisc: Bēagel
العربية: بايغل
arpetan: Baguèl
azərbaycanca: Bagel
Bahasa Indonesia: Bagel
Boarisch: Beigl
català: Bagel
čeština: Bagel
dansk: Bagel
Deutsch: Bagel
English: Bagel
español: Bagel
Esperanto: Bagelo
فارسی: بیگل
français: Bagel
galego: Bagel
한국어: 베이글
íslenska: Beygla
italiano: Bagel
עברית: כעך
lietuvių: Didriestainis
Nederlands: Bagel
日本語: ベーグル
norsk: Bagel
polski: Bajgiel
português: Bagel
română: Bagel
русский: Бейгл
Simple English: Bagel
svenska: Bagel
Tagalog: Beygel
Türkçe: Bagel
українська: Бейгл
粵語: 比高包
中文: 貝果