BAE Systems

BAE Systems plc
Berhad (BA.)
IndustriAeroangkasa dan pertahanan
Ditubuhkan30 November 1999
Ibu pejabatFarnborough, England, UK
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
Richard Olver
(Pengerusi)
Ian King
(CEO)
KeluaranAeroangkasa awam dan ketenteraan
Pertahanan elektronik
Kapal-kapal laut
peluru
Sistem pertempuran darat
PerkhidmatanPenyelenggaraan, khidmat nasihat, latihan dsb.
Hasil£18,543 juta (2008)
£1,718 juta (2008)
Keuntungan£1,768 juta (2008)
Bilangan pekerja
105,000 (2009)
PembahagianLihat di bawah
Anak syarikatBAE Systems Inc.
Laman sesawangwww.baesystems.com

BAE Systems plc (BAE) merupakan sebuah syarikat pertahanan dan aeroangkasa Britain ynag beribu pejabat di Farnborough, Hampshire, England. Ia memiliki kepentingan global, terutamanya di Amerika Utara melalui anak syarikatbya iaitu BAE Systems Inc. BAE merupakan kontraktor pertahanan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Eropah.[1] BAE Systems telah ditubuhkan pada 30 November 1999 dengan £ 7.7 bilion berikutan penggabungan dua syarikat Britain, iaitu Marconi Electronic Systems (MES), sebuah syarikat pertahanan elektronik dan anak syarikat pembinaan kapal bagi General Electric Company plc (GEC), dengan pengeluar pesawat, peluru dan sistem-sistem tentera laut British Aerospace (BAe).

BAE Systems adalah waris kepada pelbagai pesawat udara dan syarikat pertahanan udara, termasuklah The Marconi Company, syarikat komersial pertama yang menumpu kepada pembangunan dan penggunaan radio; A.V. Roe and Company, salah satu daripada syarikat pesawat udara pertama di dunia; de Havilland, pengilang pesawat penumpang jet komersial pertama di dunia; British Aircraft Corporation, pengilang bersama Concorde pengangkutan supersonik; dan Supermarine, pengilang Spitfire. Semenjak penubuhannya, ia telah menjual saham di Airbus, Astrium, AMS dan Atlas Elektronik, dan membuat sebilangan permintaan pemilikan, yang paling utama adalah United Defense dan Armor Holdings dari AmerikA Syarikat.

Lihat juga

  • Perolehan pertahanan Eropah
Bahasa lain
Bahasa Indonesia: BAE Systems
български: Би Ей И Систъмс
català: BAE Systems
čeština: BAE Systems
Deutsch: BAE Systems
English: BAE Systems
español: BAE Systems
français: BAE Systems
한국어: BAE 시스템스
italiano: BAE Systems
עברית: BAE סיסטמס
Nederlands: BAE Systems
polski: BAE Systems
português: BAE Systems
română: BAE Systems
русский: BAE Systems
slovenščina: BAE Systems
српски / srpski: БАЕ Системс
svenska: BAE Systems
Türkçe: BAE Systems
українська: BAE Systems