Ayam

Ayam
Female pair.jpg
Ayam jantan (kiri) dan ayam betina (kanan)
Status pemuliharaan
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik e
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Aves
Order:Galliformes
Keluarga:Phasianidae
Genus:Gallus
Spesies:G. gallus
(Linnaeus, 1758)
Subspesies:G. g. domesticus
Nama trinomial
Gallus gallus domesticus

Ayam (Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011.[1] Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya.

Kajian genetik menunjuk ke arah pelbagai asal-usul sakanya di Asia Selatan, Tenggara dan Timur,[2], bahkan dengan kladnya ditemui di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang berasal dari subbenua India. Dari Indialah ayam bela jinak diimport ke negara Lydia di barat Asia Minor, kemudian ke Yunani (Greece) menjelang abad ke-5 SM.[3] Unggas sudah dikenali di Mesir sejak pertengahan abad ke-15 SM, dengan kedatangan "burung yang beranak setiap hari" ke Mesir dari tanah di antara Syria dan Shinar, Babylonia, menurut babad Thutmose III.[4][5][6] Genom ayam kurang sekali berubah daripada leluhur berbulu pelepah yang terhapus oleh peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen berbanding genom dinosaur avian ("keburungan") yang telah dijujukkan setakat ini.[7]

Peristilahan

Perkataan "ayam" berasal dari leluhur bahasa Melayu iaitu protobahasa Melayu-Polinesia dengan *qayam yang bermaksud haiwan jinak.[8] Oleh yang demikian, ia dikira perkataan asli dalam kosa kata bahasa Melayu. Di kalangan bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu, perkataan "ayam" dalam bahasa Sunda, Bali dan Jawa Lama sama makna dengan bahasa Melayu, walhal dalam bahasa Iban perkataan "ayam" bermaksud haiwan kesayangan (contohnya, udok ayam = "anjing kesayangan").[8]

Terdapat pelbagai istilah untuk ayam-ayam dengan sifat yang tertentu, seperti yang berikut:[9]

  • ayam bogel/togel: ayam yang tidak berbulu
  • ayam (bulu) balik: ayam yang bulunya terbalik (keriting)
  • ayam cemani: ayam yang hitam seluruhnya
  • ayam katik: baka ayam yang kerdil, misalnya baka ayam serama
  • ayam lemba: ayam yang rendah badan
  • ayam meluruh: ayam yang keguguran bulu
  • ayam selasih: ayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu

Ayam jantan juga dikenali sebagai (ayam) jaguh, manakala ayam jantan yang dikembiri dipanggil ayam kasi. Tambahan pula ada istilah tertentu mengikut corak warnanya, seperti yang berikut:[9]

  • ayam bangkas: ayam jantan yang borek (berbintik-bintik putih)
  • ayam belorong, ayam cenantan/kenantan/sinantan: ayam jantan putih
  • ayam biring: ayam jantan berkaki kuning
  • ayam jalak: ayam jantan yang rupanya seperti perling dan berkaki kuning
  • ayam pilas: ayam jantan yang hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik)
  • ayam tedung: ayam jantan hitam yang besar dan tegak bulu suanya

Ayam jantan yang digunakan untuk berlaga umum dipanggil ayam sabung atau sabungan (juga ayam aduan).[9] Ayam yang tidak dipakaikan taji dipanggil ayam pupuh.[9] Ayam sabung yang enggan bertarung digelar ayam bacul.[9]

Ayam betina yang belum pernah bertelur atau sudah hampir bertelur dipanggil ayam dara.[9] Ayam betina yang tidak bertelur dipanggil ayam mandul dan ayam betina yang pernah bertelur tetapi sudah tidak lagi dipanggil ayam pencen.[9] Anak ayam yang tidak dibesarkan oleh ibu ayam dipanggil ayam didik dan sebaliknya dijaga oleh manusia yang memeliharanya.[9] Ayam kembar yang menetas dari sebiji telur dipanggil ayam sebandung.[9]

Ayam yang dipelihara khusus untuk telur dipanggil ayam penelur atau ayam telur, manakala yang khusus untuk daging dipanggil ayam pedaging atau ayam daging (juga ayam peranggang atau ayam potongan). Ayam yang dipelihara secara ternak lepas dipanggil ayam kampung; begitu juga dengan dagingnya.

Spesies lain yang memakai nama ayam

Terdapat unggas seperti ayam yang berpial tetapi tidak berbalung malah ekornya mengigal yang dipanggil ayam belanda (Meleagris gallopavo). Juga terdapat sejenis burung kuang yang dipanggil ayam pegar (Lophura ignita). Semua unggas yang memakai nama ayam ini dikira serumpun dengan ayam dalam konteks sains moden di bawah order Galliformes (rumpun bentuk ayam).

Bahasa lain
Адыгэбзэ: Унэ джэдхэр
Afrikaans: Hoender
Alemannisch: Haushuhn
አማርኛ: ዶሮ
Ænglisc: Henn
العربية: دجاج
armãneashti: Gâľinâ
অসমীয়া: কুকুৰা
Atikamekw: Noce pakahakwan
Avañe'ẽ: Ryguasu
авар: ГӀанкӀу
Aymar aru: Chiwchi
azərbaycanca: Toyuq
Bahasa Banjar: Hayam
Bahasa Indonesia: Ayam peliharaan
বাংলা: মুরগি
Bân-lâm-gú: Ke
Basa Jawa: Pitik
Basa Sunda: Hayam
башҡортса: Тауыҡ
беларуская: Курыца
беларуская (тарашкевіца)‎: Курыца
भोजपुरी: देसी मुर्गा
Bikol Central: Manok
བོད་ཡིག: བྱ་ཏེ་
bosanski: Kokoška
brezhoneg: Yar (evn)
български: Домашна кокошка
буряад: Тахяа
català: Gall
čeština: Kur domácí
chiShona: Huku
chiTumbuka: Nkhuku
Cymraeg: Iâr (ddof)
dansk: Høns
Deitsch: Hinkel
Deutsch: Haushuhn
Diné bizaad: Naaʼahóóhai
eesti: Kana
Ελληνικά: Όρνιθα
emiliàn e rumagnòl: Gal
English: Chicken
эрзянь: Сараз
Esperanto: Koko
estremeñu: Gallus gallus
euskara: Oilo
eʋegbe: Koklo
فارسی: مرغ
Fiji Hindi: Murgi
furlan: Gjaline
Gaeilge: Sicín
Gàidhlig: Cearc
galego: Galiña
贛語:
客家語/Hak-kâ-ngî: Kiê-é
한국어:
Hausa: Kaza
Հայերեն: Հավ
हिन्दी: मुर्गी
hrvatski: Domaća kokoš
Ido: Hano
Ilokano: Manok
interlingua: Gallina
ᐃᓄᒃᑎᑐᑦ/inuktitut: ᐊ'ᐊ'ᐋᒃ
isiXhosa: Inkuku
íslenska: Nytjahænsni
ಕನ್ನಡ: ಕೋಳಿ
Kapampangan: Manuk
ქართული: ქათამი
कॉशुर / کٲشُر: کۄکَر
kaszëbsczi: Kùra
қазақша: Тауық
Kinyarwanda: Inkoko
Кыргызча: Тоок
кырык мары: Цӹвӹ
Kiswahili: Kuku
Kongo: Nsusu
kurdî: Mirîşk
Ladino: Gayo
лакку: АьнакӀи
лезги: Верч
ລາວ: ໄກ່
Latina: Gallus
latviešu: Mājas vista
Lëtzebuergesch: Haushong
lietuvių: Naminė višta
Limburgs: Hoon
lingála: Nsósó
magyar: Házityúk
македонски: Кокошка
മലയാളം: കോഴി
मराठी: कोंबडी
მარგალური: ქოთომი
مصرى: فرخه
مازِرونی: کرک
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Giĕ
Перем Коми: Курӧг
мокшень: Сараз
Nāhuatl: Cuanacatl
Na Vosa Vakaviti: Toa
Nederlands: Kip (vogel)
Nedersaksies: Hounder
नेपाली: कुखुरा
नेपाल भाषा: खा (झंगः)
日本語: ニワトリ
нохчийн: Котам
norsk: Tamhøns
norsk nynorsk: Høns
occitan: Gallus gallus
oʻzbekcha/ўзбекча: Tovuq
ਪੰਜਾਬੀ: ਕੁੱਕੜ
پنجابی: ککڑ
Picard: Glinne
Plattdüütsch: Hohn
polski: Kura domowa
Qaraqalpaqsha: Tawıqlar
română: Găină
Runa Simi: Wallpa
русский: Курица
русиньскый: Курка
sardu: Pudda
Scots: Chicken
Sesotho sa Leboa: Kgogo
sicilianu: Jaddina
Simple English: Chicken
سنڌي: ڪڪڙ
slovenčina: Kura domáca
slovenščina: Domača kokoš
Soomaaliga: Dooro
کوردی: مریشک
српски / srpski: Кокошка
srpskohrvatski / српскохрватски: Domaća kokoš
suomi: Kana
svenska: Tamhöna
Tagalog: Manok
தமிழ்: கோழி
tarandíne: Jadde
татарча/tatarça: Йорт тавыгы
తెలుగు: కోడి
ไทย: ไก่
Tiếng Việt:
тоҷикӣ: Мурғ
Tsetsêhestâhese: Kokêhéaxa
ತುಳು: ಕೋರಿ
Türkçe: Tavuk
удмурт: Курег
українська: Курка
اردو: مرغی
Vahcuengh: Gaeq
vepsän kel’: Kana
Võro: Kana
walon: Poye
West-Vlams: Henne
Winaray: Manók
Wolof: Ganaar
吴语:
ייִדיש: האן
粵語:
žemaitėška: Vėšta
中文:
Bahasa Hulontalo: Malu'o
ГӀалгӀай: Котам