Auguste Comte

Auguste Comte

Auguste Comte (nama penuh Isidore Marie Auguste François Xavier Comte) (17 Februari (direkodkan 19 Februari) 1798 - 5 September 1857) merupakan pengasas bidang sosiologi.


Riwayat hidup

Dilahirkan di Montpellier, dan selepas menamatkan persekolahannya di sana, Comte diterima untuk belajar di École Polytechnique, Paris. Politeknik itu merupakan tempat yang menegakkan idea dan kemajuan republik Perancis. Pada tahun 1816, École ditutup untuk penyusunan semula. Bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk kemasukan semula pada tarikh lain. Dengan itu, Comte terpaksa meninggalkan École dan meneruskan pengajiannya di sekolah perubatan di Montpellier. Apabila École dibuka semula, beliau tidak cuba memohon masuk kembali.

Akhirnya Comte mendapati perbezaan antara Katolik dan keluarga diraja dan menuju ke Paris sekali lagi, bekerja sambilan untuk mendapatkan wang. Kemudian beliau menjadi penuntut setiausaha kepada Claude Henri de Rouvroy, Comte de Saint-Simon, yang memperkenalkan Comte ke dalam golongan cendikiawan. Pada tahun 1824, Comte meninggalkan Saint-Simon, sekali lagi kerana perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.

Comte sekarang mempunyai matlamat yang ingin diselesaikannya: melengkapkan falsafah positivisme. Rancangan ini beliau terbitkan sebagai Plan de traveaux scientifiques nécessaires pour réorganiser la société (1822). Tetapi beliau gagal mendapatkan jawatan pengajar. Kehidupan sehariannya bergantung kepada penaja dan bantuan kewangan dari rakan-rakannya.

Comte mengahwini Caroline Massin, tetapi bercerai pada 1842. Comte dikenali sebagai seorang yang angkuh, ganas dan yang mengalami delusi. Pada tahun 1826, beliau dimasukkan ke dalam rumah sakit otak, tetapi keluar tanpa disembuhkan — hanya distabilkan oleh ubat Massin — agar beliau dapat menyambung kerjanya. Antara tempoh ini dengan perceraiannya, beliau menerbitkan enam jilid hasil penulisannya Cours.

Dari tahun 1844, Comte menjalin persahabatan dengan Clotilde de Vaux yang bersifat platonik. Selepas kematian Clotilde pada tahun 1846, cinta ini menjadi separuh keagamaan, dan Comte melihat dirinya sebagai pengasas dan nabi agama kemanusiaan yang baru. Beliau menerbitkan empat jilid Système de politique positive (1851 - 1854).

Comte meninggal di Paris dan dikebumikan di Cimetière du Père Lachaise yang termasyhur.

Bahasa lain
Afrikaans: Auguste Comte
العربية: أوغست كونت
aragonés: Auguste Comte
asturianu: Auguste Comte
azərbaycanca: Ogüst Kont
Bahasa Indonesia: August Comte
Bân-lâm-gú: Auguste Comte
Basa Jawa: Auguste Comte
беларуская: Агюст Конт
bosanski: Auguste Comte
brezhoneg: Auguste Comte
български: Огюст Конт
català: Auguste Comte
čeština: Auguste Comte
Cymraeg: Auguste Comte
Deutsch: Auguste Comte
Ελληνικά: Ογκίστ Κοντ
emiliàn e rumagnòl: Auguste Comte
English: Auguste Comte
español: Auguste Comte
Esperanto: Auguste Comte
euskara: Auguste Comte
فارسی: اگوست کنت
français: Auguste Comte
Հայերեն: Օգյուստ Կոնտ
hrvatski: Auguste Comte
íslenska: Auguste Comte
italiano: Auguste Comte
ქართული: ოგიუსტ კონტი
қазақша: Огюст Конт
Кыргызча: Конт, Огюст
latviešu: Ogists Konts
lietuvių: Auguste Comte
Limburgs: Auguste Comte
македонски: Огист Конт
Malagasy: Auguste Comte
Nederlands: Auguste Comte
occitan: Auguste Comte
ਪੰਜਾਬੀ: ਔਗਿਸਟ ਕੌਂਟ
Piemontèis: Auguste Comte
português: Auguste Comte
română: Auguste Comte
Runa Simi: Auguste Comte
русский: Конт, Огюст
sicilianu: Auguste Comte
Simple English: Auguste Comte
slovenčina: Auguste Comte
slovenščina: Auguste Comte
српски / srpski: Огист Конт
srpskohrvatski / српскохрватски: Auguste Comte
svenska: Auguste Comte
Tagalog: Auguste Comte
татарча/tatarça: Огюст Конт
Tiếng Việt: Auguste Comte
Türkçe: Auguste Comte
українська: Оґюст Конт
Winaray: Auguste Comte
Yorùbá: Auguste Comte
粵語: 孔德