Asid karboksilik

Struktur bagi asid karboksilik. R (radikal) mewakili mana-mana kumpulan berfungsi lain.

Asid karbosilik merupakan sejenis asid organik yang disifatkan melalui kewujudan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil.[1] Formula asas asid karbosilik ialah R-COOH, di mana R merujuk kepada kumpulan berfungsi monovalen. Sesebuah kumpulan karboksil merupakan kumpulan berfungsi yang terdiri daripada karbonil (RR'C=O) dan hidroksil (R-O-H), yang mempunyai formula kimia -C(=O)OH yang biasanya ditulis sebagai -COOH atau -CO2H.[2]

Asid karboksilik boleh mempunyai lebih dari satu kumpulan berfungsi. Asid karboksilik yang memiliki dua kumpulan karboksil dipanggil asid dikarboksilik (alkandioat), asid trikarboksilik (alkantrioat) jika tiga kumpulan tersebut dijumpai, dan begitulah seterusnya.

Senarai asid karboksilik

Asid-asid karboksilik linear tepu
Bilangan
atom karbon
Nama umum Nama IUPAC Formula kimia Kegunaan dan tempat umum
1 Asid karbonik Asid karbonik OHCOOH Darah dan tisu
1 Asid formik Asid metanoik HCOOH Sengatan serangga
2 Asid asetik Asid etanoik CH3COOH Cuka
3 Asid propionik Asid propanoik CH3CH2COOH Pengawet bagi penyimpanan bijirin, bau badan dan bahan tenusu
4 Asid butirik Asid butanoik CH3(CH2)2COOH Mentega
5 Asid valerik Asid pentanoik CH3(CH2)3COOH Valerian
6 Asid kaproik Asid heksanoik CH3(CH2)4COOH Lemak kambing
7 Asid enantik Asid heptanoik CH3(CH2)5COOH
8 Asid kaprilik Asid oktanoik CH3(CH2)6COOH Kelapa
9 Asid pelargonik Asid nonanoik CH3(CH2)7COOH Pelargonium
10 Asid kaprik Asid dekanoik CH3(CH2)8COOH Minyak kelapa dan isirong sawit
Bahasa lain
Afrikaans: Karboksielsuur
Bahasa Indonesia: Asam alkanoat
Basa Sunda: Asam karboksilat
беларуская (тарашкевіца)‎: Карбонавыя кісьлі
Deutsch: Carbonsäuren
føroyskt: Carboxylsýra
한국어: 카복실산
latviešu: Karbonskābes
magyar: Karbonsavak
Nederlands: Carbonzuur
日本語: カルボン酸
norsk nynorsk: Karboksylsyre
oʻzbekcha/ўзбекча: Karbon kislotalar
română: Acid carboxilic
Simple English: Carboxylic acid
slovenščina: Karboksilna kislina
srpskohrvatski / српскохрватски: Karboksilna kiselina
svenska: Karboxylsyror
Tiếng Việt: Axit cacboxylic
українська: Карбонові кислоти
文言: 羧酸
粵語: 羧酸
中文: 羧酸