Armada Sepanyol

Pertempuran Gravelines
Sebahagian daripada Perang England-Sepanyol
Loutherbourg-Spanish Armada.jpg
Kekalahan Armada Sepanyol, oleh Philippe-Jacques de Loutherbourg, dilukis pada tahun 1797, menggambarkan Pertempuran Gravelines.
Tarikh8 Ogos, 1588
LokasiSelat Inggeris, berdekatan Gravelines, kemudian menjadi sebahagian daripada Belanda
HasilKemenangan Belanda-England
Pihak yang terlibat
England Kerajaan England
 Republik Belanda
Sepanyol Empayar Sepanyol

Portugal Kerajaan Portugal

Komandan
Charles Howard
Francis Drake
Duke dari Medina Sidonia
Kekuatan
34 kapal perang,[1]
163 kapal dagang bersenjata,
(30 over 200 tons)[1]
30 bot terbang
22 geliung,
108 kapal dagang bersenjata[2]
Korban
50–100 mati,[3]
400 cedera,
8 kapal api terbakar[4]
Penyakit:
6,000-8,000 mati
Pertempuran Gravelines:
Lebih 600 mati,
800 cedera,[5]
397 ditawan,
2 kapal karam[petikan diperlukan]
Ribut:
51 kapal karam[6]
15,000[7] - 20,000 mati[8]

Armada Sepanyol (Sepanyol: Grande y Felicísima Armada, "angkatan laut paling besar dan bernasib baik")[9] adalah sebuah armada Sepanyol yang belayar ke England di bawah pemerintahan Duke Medina Sidonia pada tahun 1588, dengan tujuan untuk menjatuhkan Elizabeth I dari England. Misi ini membawa kegagalan besar dan menjadi kayu ukur dalam sejaran tentera laut bagi satu operasi yang buruk dan diuruskan dengan teruk.

Punca

Ini merupakan percubaan penjajahan pertama dalam tempoh beberapa abad berikutnya, dan salah satu episod paling masyhur dalam sejarah Inggeris. Sungguhpun motif Philip adalah kedua-dua keugamaan dan politik, sebab utama yang diberikan untuk serangan ini adalah sebab keugamaan, kerana Elizabeth I dari England telah mencabar Catholics dengan mewajibkan kehadiran di perhimpunan Gereja England dan memenjarakan mereka yang mengadakan atau menghadiri Perhimpunan Keagamaan Khatolik ( Catholic Mass ).

Persaingan ekonomi antara kedua negara secara amnya telah mencetuskan ketegangan semenjak Sir John Hawkins memulakan penyertaan Inggeris dalam perdagangan hamba abadi merentasi-Atlantik pada tahun 1562, yang kemudiannya diberikan sokongan di raja. Pihak Sepanyol menganggap tindakan Hawkins sebagai penyeludupan haram kepada koloni mereka di Indies Barat, mendorong mereka untuk memeranjatkan dan menegelamkan beberapa buah kapal yang membawa ekspedisi menangkaphamba yang diketuai oleh Hawkins dan Sir Francis Drake dalam kejadian San Juan de Ulua, berhampiran Veracruz, Mexico, pada tahun 1568. San Juan de Ulua menjadi kejadian diplomatik yang merosotkan hubungan Anglo-Spanyol, yang sebelum itu tenang, embittering Drake and Hawkins sehinggakan mereka dan kelasi Inggeris lain berpaling kepada melanun ( privateers )sebagai cara memecahkan, apa yang dianggap, cengkaman Sepanyol ke atas perdagangan Atlantik. Aktiviti lanun Inggeris di Spanish Main beberapa tahun sebelum serangan Armada telah mengurangkan perbendaharaan Sepanyol, dan pada April 1587 Drake telah membakar 37 kapal Sepanyol di pelabuhan Cádiz.

Tambahan lagi, England telah menyertai Perang Lapan Puluh Tahun berpihak kepada Protesten Belanda ( Dutch Protestant ) Jajahan Bersekutu United Provinces, pemberontakan yang diketuai oleh William I dari Orange, melawan Sepanyol. Pada 29 Julai 1587, Philip mendapat kebenaran Papal untuk menjatuhkan Elizabeth, yang telah dilaknat ( excommunicated ) oleh Pope Pius V, dan menggantikannya dengan barangsiapa yang dia suka di atas takhta England.

Bahasa lain
Afrikaans: Spaanse Armada
azərbaycanca: Yenilməz armada
Bahasa Indonesia: Armada Spanyol
한국어: 무적함대
မြန်မာဘာသာ: စပိန်ရေတပ်ကြီး
Nederlands: Spaanse Armada
português: Invencível Armada
Simple English: Spanish Armada
سنڌي: آرميڊا
српски / srpski: Шпанска армада
українська: Іспанська Армада
吴语: 无敌舰队