Amerika Syarikat

"Amerika" dilencongkan ke sini. Untuk Benua Amerika, sila lihat Benua Amerika.
Flag of  Amerika Syarikatاميريکا شريکت  Inggeris: United Statesof AmericaPerancis: États-Unis d'AmériqueHawaii: Amelika Huipū‘iaSepanyol: Estados Unidos de América
Mohor Besar bagi  Amerika Syarikatاميريکا شريکت  Inggeris: United Statesof AmericaPerancis: États-Unis d'AmériqueHawaii: Amelika Huipū‘iaSepanyol: Estados Unidos de América
BenderaMohor Besar
Moto: In God We Trust  (rasmi)
(Inggeris: “Kepada Tuhan Kami Percaya”)
E Pluribus Unum  (tradisional)
(Latin: “Cuma Ada Satu Dalam Sejuta”)
Lagu kebangsaan: The Star-Spangled Banner

Tanah besar Amerika Syarikat termasuk Alaska dan Hawaii
Tanah besar Amerika Syarikat termasuk Alaska dan Hawaii
Ibu negaraWashington, D.C.
38°53′N 77°01′W / 38°53′N 77°01′W / 38.883; -77.017
Bandar terbesarBandar Raya New York
40°43′N 74°00′W / 40°43′N 74°00′W / 40.717; -74.000
Bahasa rasmiTiada (di peringkat persekutuan)[a]
Bahasa-bahasa daerah yang diiktirafBahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Bahasa Hawaii
Bahasa Sepanyol
Bahasa kebangsaanBahasa Inggeris
(de facto)[b]
Kumpulan etnik (2016)77.1% Putih
13.3% Kulit hitam
AgamaLihat Amerika Syarikat
KerajaanRepublik berperlembagaan persekutuan
Donald Trump (R)
Mike Pence (R)
Paul Ryan (R)
John Roberts
PerundanganKongres
Senat
Dewan Perwakilan
Kemerdekaan dari Kerajaan Great Britain
4 Julai 1776
3 September 1783
21 Jun 1788
Luas
• Jumlah
9,826,675 km2 (3,794,100 bt2)[c] (ke-3/ke-4)
• Air (%)
6.76
Penduduk
• Anggaran 2017
325,719,178[1] (ke-3)
• Bancian 2010
308,745,538[2] (ke-3)
• Ketumpatan
85/sq mi (32.8/km2) (ke-179)
KDNK (PPP)anggr. 2017 
• Jumlah
$19.390 trillion[3] (ke-2)
• Per kapita
$59,501[3] (ke-11)
KDNK (nominal)anggr. 2017 
• Jumlah
$19.390 trillion[3] (ke-1)
• Per kapita
$59,501[3] (ke-7)
Gini (2015)positive decrease 39.0[4]
sederhana
HDI (2015) 0.920[5]
sangat tinggi · ke-10
Mata wangDolar Amerika Syarikat ($) (USD)
Zon waktu(UTC−4 sampai −12, +10,
+11)
• Musim panas (DST)
 (UTC−4 sampai −10)
Format tarikhmm/dd/yyyy (AD)
Memandu di sebelahKanan
Kod panggilan+1
Kod ISO 3166US
Internet TLD.us
 a. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di sekurang-kurangnya 28 negeri—terdapat sumber yang memberikan jumlah yang lebih besar kerana berbeza takrifan "rasmi".[6] Bahasa Inggeris dan bahasa Hawaii ialah bahasa rasmi di negeri Hawaii.

 b. Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kerajaan Amerika dan satu-satunya bahasa yang dituturkan oleh 80% warga AS yang berusia lima tahun ke atas. Bahasa Sepanyol ialah bahasa kedua terbesar.

 c. Masih dalam pertikaian adalah sama ada Amerika Syarikat atau Republik Rakyat China lebih besar. Perangkaan yang diberikan adalah dari World Factbook oleh CIA. Sumber lain memberikan perangkaan yang lebih kecil. Semua pengiraan saiz negara yang berwibawa hanya merangkumi 50 negeri dan Daerah Columbia, bukan wilayah tanggungan.

Amerika Syarikat (tulisan Jawi: اميريکا شريکت ) (Bahasa Inggeris: United States of America) ialah sebuah negara republik berperlembagaan persekutuan yang terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan. Sebahagian besar negara ini berada di Amerika Utara, di mana 48 negeri berdampingan dan daerah ibu negara persekutuan, Washington, D.C., terletak di antara Lautan Pasifik dan Atlantik, bersempadan dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan. Negeri Alaska pula di barat laut benua Amerika Utara, dengan Kanada di timur dan Rusia di seberang Selat Bering di barat. Negeri Hawaii ialah segugusan pulau di tengah-tengah Lautan Pasifik. Negara ini juga memiliki beberapa wilayah di Caribbean dan Pasifik.

Dengan keluasan 3.79 juta batu persegi (9.83 juta km2) dan lebih 310 juta orang penduduk, Amerika Syarikat ialah negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan, dan ketiga terbesar dari segi keluasan darat dan jumlah penduduk. Ia merupakan antara bangsa-bangsa yang paling pelbagai etnik dan budaya di dunia, hasil penghijrahan secara besar-besaran dari pelbagai negara.[7] Ekonomi Amerika Syarikat adalah ekonomi negara terbesar di dunia, dengan KDNK pada tahun 2009 dianggarkan bernilai $14.3 trilion (satu perempat KDNK nominal sedunia dan satu perlima KDNK sedunia mengikut pariti kuasa beli).[8][9]

Orang asli yang berasal dari Asia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukan kaum pribumi ini telah banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orang Eropah. Amerika Syarikat ditubuhkan oleh 13 jajahan British yang terletak di sepanjang hadap laut Atlantik. Pada 4 Julai 1776, mereka mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkan Empayar British dalam Revolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya.[10] Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuah republik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa. Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.

Pada abad ke-19, Amerika Syarikat memperoleh tanah dari Perancis, Sepanyol, United Kingdom, Mexico, dan Rusia, serta mengilhakkan Republik Texas dan Republik Hawaii. Perselisihan antara negeri-negeri Selatan berasas tani dan Utara berasas industri mengenai hak-hak negeri serta peluasan institusi perhambaan mencetuskan Perang Saudara Amerika pada 1860-an. Kemenangan pihak Utara mengelakkan perpecahan negara yang berkekalan serta menjadi penyumbang larangan perhambaan di Amerika Syarikat. Menjelang 1870-an, ekonomi negara menjadi yang terbesar di dunia.[11] Perang Sepanyol–Amerika Syarikat dan Perang Dunia Pertama memantapkan taraf negara ini sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani. Ekoran Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang memiliki senjata nuklear dan sebuah anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas berakhirnya Perang Dingin dan pembubaran Kesatuan Soviet, tinggal Amerika Syarikat sahaja sebagai kuasa terbesar. Negara ini memenuhi 40% perbelanjaan ketenteraan sedunia di samping menjadi sebuah kuasa ekonomi, politik dan kebudayaan di dunia.[12]

Bahasa lain
Alemannisch: USA
አማርኛ: አሜሪካ
aragonés: Estatos Unitos
arpetan: Ètats-Unis
Aymar aru: Istadus Unidus
Bahasa Banjar: Amirika Serikat
Bahasa Indonesia: Amerika Serikat
Bân-lâm-gú: Bí-kok
Basa Banyumasan: Amerika Serikat
Basa Sunda: Amérika Sarikat
Baso Minangkabau: Amerika Sarikat
беларуская (тарашкевіца)‎: Злучаныя Штаты Амэрыкі
भोजपुरी: अमेरिका
Bikol Central: Estados Unidos
Chavacano de Zamboanga: Estados Unidos de America
Chi-Chewa: United States
chiTumbuka: United States
dansk: USA
Deitsch: Amerikaa
ދިވެހިބަސް: އެމެރިކާ
Dorerin Naoero: Eben Merika
emiliàn e rumagnòl: Stat Unî
English: United States
español: Estados Unidos
Esperanto: Usono
estremeñu: Estaus Uníus
eʋegbe: United States
Fiji Hindi: United States
føroyskt: USA
français: États-Unis
贛語: 美國
Gĩkũyũ: United States
𐌲𐌿𐍄𐌹𐍃𐌺: 𐌰𐌼𐌰𐌹𐍂𐌹𐌺𐌰
गोंयची कोंकणी / Gõychi Konknni: अमेरिकेचीं संयुक्त राज्यां
客家語/Hak-kâ-ngî: Mî-koet
한국어: 미국
Ido: Usa
বিষ্ণুপ্রিয়া মণিপুরী: তিলপারাষ্ট্র
ᐃᓄᒃᑎᑐᑦ/inuktitut: ᐊᒥᐊᓕᑲ
isiZulu: IMelika
íslenska: Bandaríkin
kalaallisut: Naalagaaffeqatigiit
Kapampangan: Estados Unidos
kernowek: Statys Unys
Kiswahili: Marekani
Kreyòl ayisyen: Etazini
Livvinkarjala: Amerikan Yhtysvallat
la .lojban.: mergu'e
Luganda: Amerika
Malagasy: Etazonia
مصرى: امريكا
Mìng-dĕ̤ng-ngṳ̄: Mī-guók
Na Vosa Vakaviti: United States
Nederlands: Verenigde Staten
Nēhiyawēwin / ᓀᐦᐃᔭᐍᐏᐣ: ᑭᐦᒋ ᒨᐦᑯᒫᓇᐢᑭᕀ
Norfuk / Pitkern: Yunitid Staits o' Merika
norsk: USA
norsk nynorsk: USA
oʻzbekcha/ўзбекча: Amerika Qoʻshma Shtatlari
Pangasinan: Estados Unidos
پنجابی: امریکہ
ភាសាខ្មែរ: សហរដ្ឋអាមេរិក
Plattdüütsch: USA
português: Estados Unidos
reo tahiti: Fenua Marite
rumantsch: Stadis Unids
ᱥᱟᱱᱛᱟᱲᱤ: ᱥᱮᱞᱮᱫ ᱯᱚᱱᱚᱛ
Sesotho sa Leboa: United States of America
Setswana: USA
sicilianu: Stati Uniti
Simple English: United States
slovenčina: Spojené štáty
словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ: Амєрїканьскꙑ Ѥдьнѥнꙑ Дрьжавꙑ
Sranantongo: Kondre Makandrameki
srpskohrvatski / српскохрватски: Sjedinjene Američke Države
svenska: USA
Thuɔŋjäŋ: Pawuut Matiic
ไทย: สหรัฐ
Tiếng Việt: Hoa Kỳ
Tok Pisin: Ol Yunaitet Stet
Tsetsêhestâhese: United States
Twi: Amerika
Vahcuengh: Meijgoz
Volapük: Lamerikän
文言: 美國
吴语: 美国
Xitsonga: Amerikha
粵語: 美國
žemaitėška: JAV
中文: 美国
Bahasa Hulontalo: Amerika Serikat
Kabɩyɛ: Etaazuunii
Lingua Franca Nova: Statos Unida de America