Alberto Fujimori

Alberto Fujimori
Al Fujimori.jpg
Presiden Peru ke-45
Dalam jawatan
28 Julai 1990 – 22 November 2000
Naib PresidenMáximo San Román (1990)
Roque Márquez (1995)
Francisco Tudela (2000)
Didahului olehAlan García
Digantikan olehValentín Paniagua Corazao
Butiran peribadi
Lahir (1938-07-28) 28 Julai 1938 (umur 80)
Lima, Peru
Parti politikCambio 90 (1990-1999)
Peru 2000 (2000)
Si Cumple (2006)
People's New Party (2007)
PasanganSusana Higuchi (bercerai)
Satomi Kataoka

Alberto Ken'ya Fujimori (nama Jepun: Ken'ya Fujimori (藤森 謙也, Fujimori Ken'ya)) (lahir di Lima, Peru pada 28 Julai 1938) adalah seorang ahli politik Peru berketurunan Jepun. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Peru dari 28 Julai 1990 hingga 17 November 2000. Beliau menjadi tokoh kontroversi dan mengamalkan sistem autokratik. Fujimori telah menstabilan ekonomi makro dan menstabilkan keadaan politik Peru dari ancaman komunis dan pengganas. Beliau dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan hak-hak asasi manusia sepanjang menjadi presiden.[1]

Lewat 2000 beliau menghadapi tuduhan skandal rasuah lalu melarikan diri ke Jepun dan meletakkan jawatan sebagai presiden Peru. Perletakan jawatannya dari Jepun melalui faks ditolak oleh Kongres Republik Peru. Kemudian Fujimori ditahan semasa lawatan ke Chile pada November 2005. Dia akhirnya diekstradisi ke Peru untuk menghadapi pertuduhan jenayah pada September 2007.

Pada 11 Disember 2007 dalam perbicaraan yang lain dari tuduhan melanggar hak asasi manusia, Fujimori disabitkan dalam rampasan haram dokumen-dokumen dan pita-pita video dalam milik isteri ketua pengintipnya Vladimiro Montesinos. Dia telah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara. Rayuannya ditolak Mahkamah Agung.[2]

Pada April 2009 pula, dia disabitkan bersalah atas tuduhan melanggar hak asasi manusia semasa menjadi presiden, dan dihukum 25 tahun penjara. Dia bagaimanapun dijangka akan merayu.[3][4]

Bahasa lain
asturianu: Alberto Fujimori
azərbaycanca: Alberto Fuximori
Bahasa Indonesia: Alberto Fujimori
Bân-lâm-gú: Alberto Fujimori
Basa Jawa: Alberto Fujimori
беларуская: Альберта Фухіморы
čeština: Alberto Fujimori
Esperanto: Alberto Fujimori
français: Alberto Fujimori
íslenska: Alberto Fujimori
latviešu: Alberto Fuhimori
lietuvių: Alberto Fujimori
Nederlands: Alberto Fujimori
norsk nynorsk: Alberto Fujimori
português: Alberto Fujimori
Runa Simi: Alberto Fujimori
Simple English: Alberto Fujimori
slovenčina: Alberto Fujimori
српски / srpski: Алберто Фуџимори
srpskohrvatski / српскохрватски: Alberto Fujimori
Tiếng Việt: Alberto Fujimori
українська: Альберто Фухіморі
粵語: 藤森謙也