Alam (biologi)

Penyampaian Ernst Haeckel tentang sebuah sistem tiga alam (Tumbuhan, Protista, Haiwan) dalam karyanya, Generelle Morphologie der Organismen pada tahun 1866).
Pengelasan biologi
Domain
Alam
Filum (haiwan)
Divisi (tumbuhan)
Subfilum (haiwan)
Subdivisi (tumbuhan)
Superkelas
Kelas
Subkelas
Order
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Genus
Subgenus
Spesies
Subspesies

Dalam biologi, alam tidak semestinya merupakan takson organisma yang tertinggi dalam pengelasan saintifik. Kekadangnya, domain atau empayar telah digunakan sebagai peringkat yang tertinggi. Alam-alam tersebut kemudian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil yang dipanggil filum (untuk haiwan), atau divisi (untuk tumbuhan).

Dalam karyanya, Systema Naturae, yang diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1735, Carolus Linnaeus membezakan dua jenis alam hidupan: Haiwan dan Tumbuhan (Linnaeus juga mengolah mineral-mineral yang diletakkannya dalam alam yang ketiga). Linnaeus membahagikan setiap alam kepada kelas-kelas yang kemudian dikumpulkan dalam filum untuk haiwan, dan divisi untuk tumbuhan. Apabila organisma-organisma sel tunggal ditemui buat pertama kali, organisma-organisma itu dibahagikan antara kedua-dua alam tersebut: bentuk-bentuk yang boleh bergerak dimasukkan ke dalam filum haiwan Protozoa, dan alga-alga berwarna serta bakteria ke dalam divisi tumbuhan Thalofita atau Protofita. Bagaimanapun, sebilangan bentuk didapati susah untuk ditempatkan, atau ditempatkan dalam alam-alam yang tidak sama oleh penulis-penulis yang berbeza: umpamanya, Euglena, sejenis alga bergerak, dan kulapuk lendir yang seakan-akan ameba. Oleh itu, Ernst Haeckel mencadangan pembentukan alam yang ketiga, Protista, untuk bentuk-bentuk tersebut. [1][2]


  • rujukan

Rujukan

  1. ^ E. Haeckel (1866). Generelle Morphologie der Organismen. Reimer, Berlin. 
  2. ^ Joseph M. Scamardella (1999). "Bukan tumbuhan atau haiwan: Sejarah ringkas tentang asal Alam-alam Protozoa, Protista, dan Protoktista" (PDF). Mikrobiologi Antarabangsa. 2: 207–221. 
Bahasa lain
العربية: مملكة (تصنيف)
Bahasa Indonesia: Kerajaan (biologi)
Bân-lâm-gú: Kài (hun-lūi-ha̍k)
Basa Jawa: Krajan (biologi)
беларуская: Царства (біялогія)
беларуская (тарашкевіца)‎: Царства (біялёгія)
brezhoneg: Riezad
Esperanto: Regno (biologio)
estremeñu: Réinu (biologia)
فارسی: فرمانرو
한국어: 계 (생물학)
hornjoserbsce: Swět (biologija)
Kapampangan: Kaarian (biolohia)
Lëtzebuergesch: Räich (Biologie)
Lingua Franca Nova: Rena (biolojia)
മലയാളം: കിങ്ഡം
မြန်မာဘာသာ: လောက (ဇီဝဗေဒ)
Nederlands: Rijk (biologie)
日本語: 界 (分類学)
Napulitano: Regno (biologgia)
norsk nynorsk: Biologisk rike
oʻzbekcha/ўзбекча: Dunyo (biologiya)
português: Reino (biologia)
română: Regn
Runa Simi: Rikch'aq suyu
Simple English: Kingdom (biology)
slovenčina: Ríša (taxonómia)
slovenščina: Kraljestvo (biologija)
srpskohrvatski / српскохрватски: Carstvo (taksonomija)
татарча/tatarça: Патшалык (биология)
Tiếng Việt: Giới (sinh học)
Türkmençe: Şalyk (biologiýa)
українська: Царство (біологія)
West-Vlams: Ryk (biologie)
粵語:
中文: 界 (生物)