Aedes albopictus

Aedes albopictus
Aedes Albopictus.jpg
Nyamuk Aedes Albopictus betina mula makan
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Artropod
Kelas:Serangga
Order:Diptera
Keluarga:Culicidae
Subkeluarga:Culicinae
Genus:Aedes
Subgenus:Stegomyia
Spesies:A. albopictus
Nama binomial
Aedes albopictus
(Skuse, 1894)
Albopictus distribution 2007.png
Dark blue: Native range
Dark green: introduced (as of December 2007)
Sinonim

Culex albopictus Skuse, 1894

Nyamuk Aedes Albopictus (Stegomyia albopicta), sejenis nyamuk keluarga (Culicidae), bercirikan kaki belang hitam putih, dan badan kecil berbelang hitam putih. Ia berasal di kawasan tropika dan separa tropika di Asia Tenggara; bagaimanapun, dalam tempoh beberapa abad kebelakangan ini spesies ini telah menceroboh banyak negara di seluruh dunia melalui pengangkutan barangan dan peningkatan pengembaraan antarabangsa.[1] Nyamuk ini telah menjadi serangga perosak utama di kebanyakan masyarakat kerana kaitan rapatnya dengan manusia (berbanding di kawasan berpaya), dan biasanya terbang dan menghisap darah pada siang hari selain pada subuh dan maghrib. Dalam bahasa Inggeris, nyamuk ini dikenali sebagai nyamuk harimau kerana ciri belangnya sama seperti belang harimau. Aedes albopictus merupakan vektor epidemik penting bagi penyebaran banyak pantogen virus, termasuk virus Nil Barat, Demam Kuning, St. Louis encephalitis, demam denggi, dan demam Chikungunya,[2] termasuk juga beberapa filarial nematodes seperti Dirofilaria immitis.[3]

Gambaran

Nama dan sistemik

Gambaran asal Skuse bagi nyamuk Aedes albopictus, ketika itu dikenali sebagai Culex albopictus

Pada tahun 1894, entomologi British-Australia, Frederick A. Askew Skuse, merupakan orang pertama menggambarkan secara saintifik mengenai nyamuk Aedes albopictus, yang diberi nama Culex albopictus ( lat. Culex “langau, kerdil” dan albopictus “sulaman putih”).[4][5] Kemudian, spesies ini diletakkan pada genus Aedes ( gr. άηδής, "tidak menyenangkan")[6] dan dirujuk sebagai Aedes albopictus.[7] Seperti nyamuk demam kuning, ia termasuk dalam genus kecil Stegomyia (gr. στέγος, "tertutup, beratap", merujuk kepada sisik yang menutupi sepenuhnya permukaan dorsal dalam genus kecil ini, dan μυία, "terbang").[8] Pada tahun 2004, ahli sains menyelidik hubungan aras tinggi dan mencadangkan penkelasan barudalam genus Aedes dan Stegomyia diangkat ketahap aras Genus, menjadian Aedes albopictus kini sebagai Stegomyia albopicta. Ini bagaimanapun mencetuskan pertikaian, dan kegunaan Stegomyia albopicta lawan Aedes albopictus terus diperdebatkan.[9][10][11]

Ciri-ciri

Aedes albopictus

Nyamuk Aedes albopictus adalah sekitar 2 to 10 mm panjang dengan pola belang hitam putih yang jelas.[4][12][13] Kepelbagaian saiz badan pada nyamuk dewasa bergantung pada kepadatan populasi jentik-jentik dan bekalan makanan dalam air pembiakan. Oleh kerana keadaan sebegini jarang optima, saiz badan purata bagi nyamuk matang adalah jauh lebih kecil dari 10 mm. Sebagai contoh, purata panjang abdomen dikira sekitar 2.63 mm, sayap 2.7 mm, dan belalai 1.88 mm melalui kajian 10 gambar dari tahun 1962 bagi kedua-dua nyamuk jantan dan betina.[14]

Nyamuk jantan secara kasarnya 20% lebih kecil berbanding nyamuk betina, tetapi ia secara morfologi amat serupa. Bagaimana, sebagaimana kesemua spesies nyamuk, belalai jantan berbanding betina adalah lebih lebat dan mengandungi penerima bunyi bagi mengesan ciri-ciri ngiang nyamuk betina. Maxillary palps bagi nyamuk jantan tuga adalah lebih panjang berbanding belalai mereka manakala maxillary palps nyamuk betina adalah lebih pendek. (Ini adalah ciri biasa bagi nyamuk jantan Culicinae.) Tambahan lagi, tarsus kaki belakang nyamuk jantan adalah lebih keperakan. Tarsomere IV adalah sekitar tiga suku keperakan bagi jantan berbanding nyamuk betina yang hanya sekitar 60% perak.


Bahasa lain
Baso Minangkabau: Stegomyia albopicta
български: Тигров комар
català: Mosquit tigre
euskara: Tigre eltxo
فارسی: پشه ببری
français: Aedes albopictus
한국어: 흰줄숲모기
interlingua: Aedes albopictus
íslenska: Aedes albopictus
português: Aedes albopictus
русский: Aedes albopictus
Simple English: Asian tiger mosquito
slovenščina: Tigrasti komar
srpskohrvatski / српскохрватски: Azijski tigrasti komarac
Tiếng Việt: Muỗi vằn châu Á
українська: Aedes albopictus
中文: 白紋伊蚊