ABAP

ABAP (Advanced Business Application Programming) adalah bahasa pengaturcaraan tahap tinggi yang dicipta oleh syarikat pengaturcaraan Jerman SAP. Ia kini diletakkan, seiring dengan Java yang baru diperkenalkan, sebagai bahasa untuk memprogram SAP Web Application Server, sebahagian dari pelantar NetWeavernya bagi membina applikasi perniagaan. Sintaxnya agak serupa dengan COBOL.

Sejarah

ABAP adalah salah satu daripada bahasa generasi keempat applikasi khusus yang pertama kali dimajukan pada 1980-an. Ia pada asalnya bahasa lapuran bagi SAP R/2, pelantar yang membolehkan koperasi besar bagi membina applikasi perniagaan kerangka utama bagi pengurusan material dan kewangan dan pengurusan perakaunan. ABAP dahulunya ringkasan bagi Allgemeiner Berichtsaufbereitungsprozessor, istilah Jerman yang bererti "pemprosesor penyedia lapuran generik", tetapi kemudiannya dinamakan semula sebagai Advanced Business Application Programming. ABAP adalah salah satu bahasa pertama dilengkapi dengan konsep Pangkalan Data Logik (LDBs), yang memberikan ringkasan tahap tinggi dari aras pangkalan data asas.

Bahasa pengaturcaraan ABAP pada asalnya digunakan oleh pembangun SAP bagi membangunkan pelantar SAP R/3. Ia juga bertujuan bagi kegunaan pelanggan SAP bagi meningkatkan aturcara penggunaan SAP – pelanggan boleh menambah lapuran dan antara muka khas, dan meningkatkan pengalaman pengguna, dengan pengaturcaraan ABAP. 4GL ini agak mudah dipelajari bagi pengaturcaraan tetapi terlalu rumit bagi pengguna biasa. Kemahiran pengaturcaraan tahap tinggi masih diperlukan bagi menghasilkan aturcara ABAP.

ABAP kekal sebagai bahasa bagi mencipta aturcara bagi pelayan-pelanggan sistem R/3, yang pertama dibebaskan SAP pada tahun 1992. Ketika hardware komputer berubah sepanjang 1990-an, semakin banyak aturcara pengunaan SAP ditulis menggunakan ABAP. Menjelang 2001, kesemua kecuali fungsi asas ditulis dalam ABAP. Pada 1999, SAP membebaskan tambahan berorentasikan-objek kepada ABAP dan digelar ABAP Objects, bersama R/3 keluaran 4.6.

Pelantar pembangunan SAP terkini, NetWeaver, menyokong kedua ABAP dan bahasa pengaturcaraan Java.

Bahasa lain
bosanski: ABAP
български: ABAP
čeština: ABAP
Deutsch: ABAP
English: ABAP
español: ABAP
فارسی: آباپ
français: ABAP
galego: ABAP
한국어: ABAP
हिन्दी: एबीएपी
italiano: ABAP
magyar: ABAP
मराठी: ए.बी.ए.पी.
Nederlands: ABAP
日本語: ABAP
ਪੰਜਾਬੀ: ਏਬੀਏਪੀ
polski: ABAP
português: ABAP
русский: ABAP/4
shqip: ABAP
српски / srpski: ABAP
srpskohrvatski / српскохрватски: ABAP
Tiếng Việt: ABAP
тоҷикӣ: ABAP/4
Türkçe: ABAP
中文: ABAP